Friday, December 24, 2010

Menyesal masuk hutan!!



aku sangat suka masuk hutan. suka suasana hutan. suka panjat gunung. dan yang paling seronok dapat mandi sungai, lebih2 lagi kalau ada air terjun. wow! memang suatu kenikmatan yang nyata. tak percaya?? ok. dulu memang aku sangat allergic ngan hutan. sangat takut nak masuk hutan. naik gunung?? err..sorry. lagi la tak minat! bila bercakap tentang hutan, banyak perkara2 buruk yang aku fikirkan. tapi tu semua dulu.

pandangan aku tentang hutan banyak berubah sejak aku dicabar oleh seorang rakan aku untuk join 1 kelab rekreasi kat kolej aku masa kat UPM dulu iaitu kelab RECCAN. ya. aku memang pantang dicabar. dengan perasaan ego yang membuak2, aku sahut cabaran beliau untuk join satu program camping, untuk memberikan pendedahan kepada ahli2 kelab yang baru yang tak tahu menahu langsung tentang HUTAN macam aku! di situlah kali pertama aku berkenalan dengan musuh ketat aku,encik pacat! dan pacat adalah satu2 nya perkara yang aku tak suka tentang hutan!(geli-geleman!)

ternyata camping tidaklah seteruk yang aku sangka.in fact, sangat SERONOK sebenarnya. banyak yang dapat dipelajari bila hidup dalam keadaan serba kekurangan di dalam hutan. teringat pula pengalaman kali pertama aku naik gunung. soalan pertama yang aku tanya "kat sana ada toilet tak?" (-_-). semua orang gelakkan aku.huh! sampai kat puncak gunung aku kena bahan ngan diorang. "takpe Fizah.sikit je lagi.smpai kat puncak nanti ada toilet cantik untuk kau!"antara kata2 semangat yang diorang bagi kat aku! dan akhirnya puncak gunung Nuang berjaya ku tawan! dan itulah kali pertama dan terakhir aku akan naik gunung. sangat penat ok!




owh..mereka bukan gay! T_T








muka bahagia bila berjaya sampai ke puncak NUANG!




aku memang tak pernah menyesal masuk hutan dan belajar ilmu2 pasal hutan ni. masuk hutan ni memang banyak pantang larangnya. hutan memang boleh jadi tempat yang sangat merbahaya. bukan boleh main redah je nak masuk kalau tak ada ilmu. bukan ilmu2 ghaib macam yang uncle seekers amalkan tu. tapi ilmu tentang selok belok hutan dan yang paling asas adalah tantang survival course. kalau korang nak tahu, pergi lah tanya pada yang tahu sebelum korang berangan2 nak meredah hutan belantara tu supaya korang tak akan pernah menyesal masuk hutan macam budak2 ni.(budak UPM okay! yang pasti BUKAN budak kolej aku!)





KLIK pada gambar untuk berita lanjut










P/S:teringin nak tidur dalam hammock 3 tingkat!(^^,)


4 comments:

Azwandy Bin Muhamad said...

salam...

jom join kinabalu gik...best2...thn depan....hehe...

Cmney pandey sesat indah kat nuang ya... tedah cdak lok...adoh2...

fiza sarawak said...

wah!cam menarik jak.kinabalu best!!sejok.hehe.

raazak.mohd said...

aku nek nekik gunung santubung.hahaha

fiza sarawak said...

jom!mne taw kot2 ley jmpe puteri santubong.haha