Friday, April 30, 2010

Disebalik senyuman itu..

cukup terhibur hati ini melihat dia bergelak ketawa. indahnya kehidupan ini andai dipenuhi dengan tawa ria. rupa-rupanya, senyuman yang tidak pernah lekang di bibirnya itu menyimpan seribu duka yang sebenarnya sudah tidak tertanggung lagi olehnya.

"mungkin hanya kematian yang akan memisahkan saya dengan kedukaan ini"

aku tertanya-tanya di dalam hati. walaupun hidup dilanda badai gelora yang tidak terduga keganasannya, namun dia masih mampu tersenyum dan menghiburkan hati setiap yang melihatnya. sungguh tabah hati anak kecil ini. kutemui kekuatan dalam diri dari semangat anak kecil ini. jika anak sekecil dia mampu berjalan membelah badai, mengapa tidak aku yang lebih dewasa ini? sedangkan apa yang harus kutempuh ini hanyalah desiran ombak kecil yang begitu galak memukul dan menghakis tepian pantai.

kerana anak kecil itu, aku akan terus berdiri di sini. berdepan dengan ombak-ombak kecil yang tidak pernah jemu menghakis keyakinan diri. dan aku akan terus berdiri di sini, biarpun terpaksa mengharungi ganasnya tsunami.

Wednesday, April 21, 2010

::Hidup VS kehidupan::

"hidup saya dah tak bermakna lagi"

"kalau hidup awak dah tak bermakna, memang dah tak ada maknanya lagi untuk awak terus hidup. lebih baik awak mati. mati adalah penghabisan hidup."

'tapi saya taknak mati!'

"tapi kalau awak terus hidup pun apa gunanya kalau kehidupan awak dah mati?"

"saya nak hidup macam orang lain"

"awak memang hidup macam orang lain sebab awak belum mati"

"tak! hiudp saya susah. tak pernah aman macam orang lain!"

jangan salahkan hidup yang susah. tuhan dah bagi kita nyawa untuk kita hidup. sama macam orang lain. semuanya tuhan pinjamkan satu nyawa free untuk kita hidupkan kehidupan kita sendiri. sekarang, terpulanglah kepada kita bagaimana kita nak bentuk kehidupan kita agar kehidupan kita akan terus hidup.

"macam mana nak bina kehidupan yang hidup??"

untuk hidupkan kehidupan,hidupkan hati.
untuk hidupkan hati, hidupkan iman.

"err..hidupkan iman??"

hidupkan solat. barulah kehidupan ini akan menjadi indah dan bermakna walaupun hidup dalam kehidupan yang serba kekurangan.

setiap yang hidup pasti akan mati. mati bukanlah suatu pilihan, tapi suatu ketentuan kerana hidup ini hanyalah satu pinjaman.

Tuesday, April 20, 2010

::hidup umpama layang-layang~

"sepi.kosong.gelap.hidup saya memang dah tak ada maknanya lagi."

bagaimana harus aku menenangkan jiwa seorang remaja yang sedang resah di depanku ini. sinar matanya yang merenungku dengan penuh harapan begitu membuat aku tersentuh.

"apa lagi yang awak harapkan dalam kehidupan awak kalau dah segala-galanya gelap,sepi dan kosong?'
"saya hanya ingin disayangi cikgu.saya nak ada orang faham saya.saya nak hidup bahagia"

aku tersenyum.memang itulah lumrah dalam kehidupan ini.setiap manusia ingin menyayangi dan disayangi.setiap insan ingin dihargai.tapi, tidak semua orang tahu bagaimana untuk menyayangi dan disayangi.segalanya bermula dengan diri kita sendiri.kita akan menerima sekiranya kita memberi.berilah kasih sayang sekiranya anda ingin disayangi.berilah penghargaan sekiranya anda ingin dihargai.

"tapi tak ada siapa yang sayangkan saya cikgu.tak ada siapa pun yang hargai saya"

aku memandang wajahnya dengan penuh simpati.
"awak masih berharga walaupun tidak ada sesiapa pun yang menghargai awak.tapi, awak memang betul-betul sudah tidak berharga jika awak sendiri pun sudah tidak tahu nak menghargai dan menyayangi diri awak sendiri"

Monday, April 19, 2010

~kembali bernafas

setelah hampir lima bulan menyepi..akhirnya gadis kenyalang sudah mula bernafas kembali.cukup pantas masa berlalu.terlalu banyak perkara yang telah dilalui sepanjang hampir 5 bulan gadis kenyalang menyepikan diri.apa yang pasti, setiap hari yang dilalui memberikan pengalaman baru buat diri ini.pengalaman yang banyak mengajar aku erti kehidupan.kadang-kadang,hidup terasa seperti bermimpi.inilah realiti yang sering aku cuba tolak ketepi.fikiran menerawang lagi.jauh ke dalam diri sendiri..untuk menyelami kehendak hati.apa yang aku cari?bilakah akan kutemui apa yang kucari sekiranya aku sendiri tidak pasti apa yang aku cari?
argh!mungkin suatu hari nanti,kepastian akan muncul sendiri.(kata-kata sekadar untuk menyedapkan hati sendiri)