Pak Su : aku lah ULTRAMAN!!! (sambil silang tangan dan pasang kaki kuda2)
Anak Sedara : aku lah SUPERMAN!!!(meluruskan penumbuk ke depan dan sebelah tangan lagi di pinggang.

ultraman VS superman
dush! dash! dush! dash! haiyakk! setelah hampir 2 minit bergelut, si 'Ultraman' mendabik dada tanda bangga. kemenangan berpihak pada Pak Su.
Anak Sedara : menjeling tajam ke arah Pak Su sambil mengemaskan posisi. akulah...BATMAN!!
Pak Su : tersenyum sinis. ok. DIAMONDHEAD! bertukar!!! sambil memusing2 sesuatu di pergelangan tangan.
aku : macam jam tangan BEN 10 tu la agaknya.bermonolog sendirian sambil menghirup teh o yang dah semakin suam.

batman VS diamondhead
dush! dash! dush! dash! haiyakk! kebabom! pertempuran berlangsung hampir 3 minit. si 'Batman' terkulai di bawah tapak kaki si 'Diamondhead'!
Anak Sedara : bangkit semula dengan penuh semangat yang berkobar-kobar. bersedialah! akulah... FOURARMS!! (menampar pergelangan tangan dengan kuat sekali)
Pak Su : fourarms?? takde masalah.haha. akulah...KENONBOT!!
Aku : cannonbolt barangkali.bercakap sendirian lagi.tambah teh lagi secawan.

cannonbolt VS fourarms
dush! dash! dush! dash! haiyakk! panggg!! si 'Fourarms' terpelanting dan terduduk di atas sofa. si 'cannonbolt' tersenyum bangga lagi sekali sambil temengah-mengah.
Anak Sedara : masih tidak berputus asa. bangun. membetulkan kedudukan sambil menghela nafas panjang. HUMONGOSAUR!!! bertukar!!! sekali lagi menampar pergelangan tangannya dengan kuat dan berposing seakan2 seekor raksasa yang teramatlah ganas.
Pak Su : terdiam. anak matanya mula bergerak2.sedang berfikir barangkali. tiba2, baiklah. ARMODRILLO!! bertukar!! turut membuat gaya yang sama, menampar pergelangan tangan sendiri dengan kuat.
aku : wow. diorang hafal semua omnitrix dalam cerita BEN10. hebat! meneguk teh o yang semakin kurang hangat.

humongosaur VS armodrillo
dush! dash! dush! dash! ping! pang! piak! pong! KEBABOM!! 'Humongosaur' tewas terkena flying kick 'Armodrillo'.
Pak Su : ha..nak lawan lagi ke? bangun lah! haha
Anak Sedara : pantang menyerah. semula bangkit menyahut cabaran Pak Su nya. ok. takpe. Pak Su ingat Pak Su kuat sangat? kali ni kite mesti menang punya.
Pak Su : haha. cubalah kalu berani.
Anak Sedara : ok. menarik nafas dalam2. bersedia. akulah.....TUHAN!! hah! lawan la kalau
berani!!
Pak Su : tergamam. laaa..mana aci! mana boleh lawan tuhan.T_T
Aku : tersenyum. syukur. walaupun banyak terdedah dan terindroktrinasi dengan hero2 ciptaan manusia(ciptaan barat lebih tepat), tapi anak2 kecil ini masih sedar bahawa tiada yang setanding dengan 'hero' yang satu itu.yang Maha berkuasa.(^________^)

my heroes, Aiman (lil' bro a.k.a pak su) and Cacos (6 years old nephew)
2 comments:
:) senyum2 baca entry ni :) :) :)
owh..ni mesti awk pn slalu men lwn2 gak kn mse kecik2 dlu.hehe
Post a Comment