Tuesday, December 28, 2010

::The chronicles of an unintended-teacher-to-be::

Impian aku nak jadi seorang engineer. Aku berangan-angan nak ada title IR kat depan nama aku. IR Norhafizah binti Mustafa. Smart kan? Lepas habis SPM aku masuk matrikulasi Labuan. Masa mula2 daftar, aku dapat Sains hayat. Tapi aku tak minat biologi. Sangat tak minat. Aku panjat bangunan admin, minta tukar ke sains fizikal. Alhamdulillah, diluluskan. Senang la aku nak apply chemical engineering nanti. Kononnya!

Masa isi borang upu dulu, pilihan 1 sampai 7 aku isi chemical engineering. Tiba2 pilihan yang ke-8, pendidikan bimbingan dan kaunseling. Apakah?? Ya. Semata-mata nak puaskan hati mak ayah aku yang beriya2 sangat nak aku jadi cikgu. Kenapa kaunseling? Sebab tak payah masuk kelas dan mengajar! Aku ingat percaturan aku cukup bijak. Aku yakin pilihan yang ke-8 tu takkan dapat punya. Tapi, lagi seminggu nak blah dari KML ayah aku call. Dengan penuh eksaited dia bagitau, aku dapat interview untuk kos pilihan yang ke-8! WHATTT??.T_T

Aku sengaja bangun lambat supaya aku tak perlu pergi interview pagi tu. Tapi ayah aku ketuk pintu bilik aku macam nak pecah. Sikit lagi nak pecah. Dia paksa aku mandi dan tolong gosokkan baju kurung aku. Tahniah! Sebab aku Berjaya menjadi peserta terakhir datang ke temuduga tersebut. “err..tak nak disqualifiedkan saya ke? Saya tak berdisiplin okay.” Rasa cam gatal je mulut aku nak bertanya kat interviewer tu, arwah DR. Lily. Niat di hati nak buat perangai sawan masa interview tu supaya aku digagalkan. Tapi layanan mesra arwah Dr.Lily membuatkan aku lupa diri dan terus bersembang rancak dengan beliau. Dari 1 isu ke 1 isu, kami berkongsi pandangan dan minat yang sama. Dan yang paling menarik, kami berkongsi tarikh lahir yang sama. Dan aku terus terlupa ini adalah sesi temuduga! (tepuk dahi!)

Aku tak pernah tahu pun apa itu kaunseling. Tak pernah jejak kaki pun dalam kaunseling kat sekolah aku dulu. Betul la kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Bila aku dah mula mengenali tentang kaunseling, aku mulai jatuh cinta dengan bidang ini. Dan di sinilah aku mulai menghargai keunikan manusia yang pelbagai ragam. Aku belajar untuk lebih mengenali diri aku sendiri. Aku belajar untuk lebih menghagai erti sebuah kehidupan. Aku rasa bahagia bila dapat membantu orang lain. Aku betul2 jatuh cinta dengan bidang kaunseling.






Mungkin ini adalah ketentuan dariNYA. aku tahu.semua tahu.DIA maha mengetahui.sehebat mana pun perancangan kita,hebat lagi perancangan DIA. Aku tak pernah merancang masa depan aku untuk menjadi seorang guru. Tapi DIA dah tetapkan jalan ini untuk aku. Dan gelaran cikgu itu akan terus bersemadi bersama aku hingga ke liang lahad nanti.

Monday, December 27, 2010

::mari main lawan-lawan!!!::

di petang ahad yang damai, sedang asyik memerhati gelagat seorang Pak Su dan anak sedara nya. sambil ditemani teko teh berasap.



Pak Su : aku lah ULTRAMAN!!! (sambil silang tangan dan pasang kaki kuda2)
Anak Sedara : aku lah SUPERMAN!!!(meluruskan penumbuk ke depan dan sebelah tangan lagi di pinggang.





ultraman VS superman

dush! dash! dush! dash! haiyakk! setelah hampir 2 minit bergelut,
si 'Ultraman' mendabik dada tanda bangga. kemenangan berpihak pada Pak Su.



Anak Sedara : menjeling tajam ke arah Pak Su sambil mengemaskan posisi. akulah...BATMAN!!

Pak Su : tersenyum sinis. ok. DIAMONDHEAD! bertukar!!! sambil memusing2 sesuatu di pergelangan tangan.
aku : macam jam tangan BEN 10 tu la agaknya.bermonolog sendirian sambil menghirup teh o yang dah semakin suam.




batman VS diamondhead

dush! dash! dush! dash! haiyakk! kebabom! perte
mpuran berlangsung hampir 3 minit. si 'Batman' terkulai di bawah tapak kaki si 'Diamondhead'!



Anak Sedara : bangkit semula dengan penuh semangat yang berkobar-kobar. bersedialah!
akulah... FOURARMS!! (menampar pergelangan tangan dengan kuat sekali)
Pak Su : fourarms?? takde masalah.haha. akulah...KENONBOT!!
Aku : cannonbolt barangkali.bercakap sendirian lagi.tambah teh lagi secawan.




cannonbolt VS fourarms

dush! dash! dush! dash! haiyakk! panggg!! si 'Fourarms' terpelanting dan terduduk di atas sofa. si 'cannonbolt' tersenyum bangga lagi sekali sambil temengah-mengah.




Anak Sedara : masih tidak berputus asa. bangun. membetulkan kedudukan sambil menghela nafas
panjang. HUMONGOSAUR!!! bertukar!!! sekali lagi menampar pergelangan tangannya dengan kuat dan berposing seakan2 seekor raksasa yang teramatlah ganas.
Pak Su : terdiam. anak matanya mula bergerak2.sedang berfikir barangkali. tiba2, baiklah. ARMODRILLO!! bertukar!! turut membuat gaya yang sama, menampar pergelangan tangan sendiri dengan kuat.
aku : wow. diorang hafal semua omnitrix dalam cerita BEN10. hebat! meneguk teh o yang semakin kurang hangat.




humongosaur VS armodrillo

dush! dash! dush! dash! ping! pang! piak! pong! KEBABOM!! 'Humongosaur' tewas terkena
flying kick 'Armodrillo'.



Pak Su : ha..nak lawan lagi ke? bangun lah! haha

Anak Sedara : pantang menyerah. semula bangkit menyahut cabaran Pak Su nya. ok. takpe. Pak Su ingat Pak Su kuat sangat? kali ni kite mesti menang punya.
Pak Su : haha. cubalah kalu berani.
Anak Sedara : ok. menarik nafas dalam2. bersedia. akulah.....TUHAN!! hah! lawan la kalau
berani!!
Pak Su : tergamam. laaa..mana aci! mana boleh lawan tuhan.T_T

Aku : tersenyum. syukur. walaupun banyak terdedah dan terindroktrinasi dengan hero2 ciptaan manusia(ciptaan barat lebih tepat), tapi anak2 kecil ini masih sedar bahawa tiada yang setanding dengan 'hero' yang satu itu.yang Maha berkuasa.(^________^)









my heroes, Aiman (lil' bro a.k.a pak su) and Cacos (6 years old nephew)




Friday, December 24, 2010

Menyesal masuk hutan!!



aku sangat suka masuk hutan. suka suasana hutan. suka panjat gunung. dan yang paling seronok dapat mandi sungai, lebih2 lagi kalau ada air terjun. wow! memang suatu kenikmatan yang nyata. tak percaya?? ok. dulu memang aku sangat allergic ngan hutan. sangat takut nak masuk hutan. naik gunung?? err..sorry. lagi la tak minat! bila bercakap tentang hutan, banyak perkara2 buruk yang aku fikirkan. tapi tu semua dulu.

pandangan aku tentang hutan banyak berubah sejak aku dicabar oleh seorang rakan aku untuk join 1 kelab rekreasi kat kolej aku masa kat UPM dulu iaitu kelab RECCAN. ya. aku memang pantang dicabar. dengan perasaan ego yang membuak2, aku sahut cabaran beliau untuk join satu program camping, untuk memberikan pendedahan kepada ahli2 kelab yang baru yang tak tahu menahu langsung tentang HUTAN macam aku! di situlah kali pertama aku berkenalan dengan musuh ketat aku,encik pacat! dan pacat adalah satu2 nya perkara yang aku tak suka tentang hutan!(geli-geleman!)

ternyata camping tidaklah seteruk yang aku sangka.in fact, sangat SERONOK sebenarnya. banyak yang dapat dipelajari bila hidup dalam keadaan serba kekurangan di dalam hutan. teringat pula pengalaman kali pertama aku naik gunung. soalan pertama yang aku tanya "kat sana ada toilet tak?" (-_-). semua orang gelakkan aku.huh! sampai kat puncak gunung aku kena bahan ngan diorang. "takpe Fizah.sikit je lagi.smpai kat puncak nanti ada toilet cantik untuk kau!"antara kata2 semangat yang diorang bagi kat aku! dan akhirnya puncak gunung Nuang berjaya ku tawan! dan itulah kali pertama dan terakhir aku akan naik gunung. sangat penat ok!




owh..mereka bukan gay! T_T








muka bahagia bila berjaya sampai ke puncak NUANG!




aku memang tak pernah menyesal masuk hutan dan belajar ilmu2 pasal hutan ni. masuk hutan ni memang banyak pantang larangnya. hutan memang boleh jadi tempat yang sangat merbahaya. bukan boleh main redah je nak masuk kalau tak ada ilmu. bukan ilmu2 ghaib macam yang uncle seekers amalkan tu. tapi ilmu tentang selok belok hutan dan yang paling asas adalah tantang survival course. kalau korang nak tahu, pergi lah tanya pada yang tahu sebelum korang berangan2 nak meredah hutan belantara tu supaya korang tak akan pernah menyesal masuk hutan macam budak2 ni.(budak UPM okay! yang pasti BUKAN budak kolej aku!)





KLIK pada gambar untuk berita lanjut










P/S:teringin nak tidur dalam hammock 3 tingkat!(^^,)


Wednesday, December 22, 2010

cantik, menarik, tertarik...the BOMB!!!

semalam aku menghadiri satu taklimat kesiapsiagaan bencana yang dianjurkan oleh pihak JKM. al-maklumlah. musim tengkujuh bakal menjengah tidak lama lagi. harap2 tak ada lah bencana yang serius terutama bah yang akan melanda. bak kata bos aku "dana yang kita ada sekarang ni pun tak cukup untuk bagi bantuan kepada klien2 kita yang sedia ada. kalau banjir ni, matilah kita". apa2 pun, kita bukan tuhan untuk meramal apa yang akan berlaku pada hari esok. apa yang kita boleh lakukan adalah berdoa dan bersiapsiaga. sekurang-kurangnya kalau berlaku bencana nanti (nauzubillah), kita dah bersedia. tak ada lah gelabah tak tentu hala. kan?

tapi bukan itu yang aku nak ceritakan sebenarnya. yang tu mukadimah je. apa yang aku nak kongsi kat sini adalah tentang PEMBENTANGAN. ya. pembentangan. zaman sekarang kan dah canggih.mana2 taklimat atau ceramah yang kita pergi pun KONFEM! akan guna powerpoint. tak ada lagi dah conteng2 kat papan hitam atau sekadar bercakap kosong macam bagi khutbah jumaat. taklimat semalam tu memang penting. kalau tak penting tak ada nya kitorang nak organize event tu kan? tapi sayang powerpoint yang disediakan oleh pihak penceramah HAMPEH! ada ke patut background kuning (light yellow), pastu tulisan kaler putih. mau tak juling mata penonton nak baca slide beliau? haish!

memandangkan dulu aku pernah belajar subjek teknologi pendidikan dengan Dr. Wan Zah(seorang perfectionist tahap dewa, dan aku dapat A untuk subjek beliau.TAHNIAH!). so aku nak kongsi sikit macam mana nak buat pembentangan yang MENARIK!

1. slide powerpoint jangan terlampau WORDY! masukkan isi2 penting SAHAJA kat dalam slide dalam bentuk points. BUKAN karangan, Okay!
kalau boleh, buat dalam bentuk carta dan huraikan isi2 penting yang ada di dalam slide anda.ini akan mengelakkan anda daripada MEMBACA semasa pembentangan.

2. pemilihan BACKGROUND adalah sangat penting! yang ni perlu disesuaikan mengikut suasana majlis dan target audience anda. dah tahu nak present di kalangan tuan2 dan puan2 dalam majlis yang formal, jangan la syok sendiri guna background kaler PINK, berbunga2 liplap2 bagai. tak perlu la nak habaq mai kat semua orang yang hang tu OBSES kaler pink! tapi kalau nak present di kalangan kanak2, apalah salahnya guna background BEN 10. ya tak? so, kenalah sesuaikan ikut selera audience. BUKAN selera anda okay!

2. FONT! yang ini paling penting. tak guna jugak kalau slide anda gempak kebabom! tapi isinya tak boleh dibaca. tolong bezakan FONT untuk TAJUK dan point2 PENTING! dalam slide anda. sekurang-kurangnya, gunakan SAIZ font 18 dan ke atas supaya tulisan anda nampak JELAS dan boleh dibaca oleh SEMUA audience.BUKAN yang duduk di barisan hadapan SAHAJA! pilih KALER font yang sesuai dengan background anda. jangan julingkan mata audience anda dengan menggunakan kaler font yang sedondon dan seirama dengan warna background anda!dan jangan pulak masukkan ketujuh-tujuh warna pelangi kat dalam slide anda. nak meriah sangat kan? tolong lah. JANGAN!!

3. masukkan GAMBAR2 yang menarik dan BERKAITAN dalam slide anda. ini akan mengelakkan audience daripada merasa bosan dan membantu audience untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang anda cuba sampaikan.

4. SESEKALI selitkan ANIMATION yang KELAKAR untuk menarik perhatian audience. tapi jangan terlampau banyak animation. takut nanti slide anda kelihatan seperti pokok krismas pulak. sudahnya, perhatian audience akan tertumpu pada animation2 itu, bukan pada ANDA!

okay. kalau slide dah cantik, kemas dan menarik, penyampaian anda sebagai presenter juga harus lah kemas dan MENARIK!

1. elakkan bercakap dengan diri sendiri semasa membentang(mumbling). lontarkan vokal anda semaksima yang mungkin agar dapat didengar oleh SEMUA audience, tapi jangan MENJERIT! lebih2 lagi kalau guna mikrofon.(>_<)

2. gunakan intonasi, 'dynamics' dan tempo (a.k.a had laju) yang sesuai semasa membentang supaya anda tidak mendodoikan audience2 anda.

3. berikan huraian yang ringkas,padat dan JELAS! (sertakan contoh dan analogi yang bersesuaian)

4. dan yang paling PENTING! cuba berkomunikasi secara 2 hala dengan audience. sekurang-kurangnya, tanyalah "FAHAM TAK?".haa..tak susah kan? janganlah berdiri terpacak je kat belakang rostrum. cuba gerak2 sikit, ke kiri 8 langkah, ke kanan 8 langkah, ke depan pulak 8 langkah, ke belakang 8 langkah lagi.hah! buat poco2 terus!(^_~)

okay!itu sahaja yang CIKGU FIZAH nak ajar hari ni. selamat mencuba!!

p/s:tips2 buat slide powerpoint tu boleh juga diguna pakai untuk mendesign blog masing2.please try to make it as simple as possible. jangan buat blog korang macam pokok krismas, okay!

Monday, December 20, 2010

pagi isnin yang gelap


selamat hari ISNIN!! (^^,)

aku tahu ramai orang tak suka hari Isnin. salahnya hari Isnin sebab dia hadir selepas hari Ahad. hari yang menjadi pujaan hati kebanyakan manusia. kehadir
an hari isnin seolah2 mengganggu kebahagiaan mereka untuk bersama2 hari ahad dengan lebih lama. maka wujudlah istilah "BLACK MONDAY".

kalau zaman sekolah dulu, hari isnin memang hari yang paling aku BENCI! hari Isnin sama dengan formal assembly! memang kat sekolah dulu hari2 ada assembly, tapi inilah satu2 nya assembly yang aku atau sesiapa pun yang bergelar pelajar SSP tak boleh nak escape. aku tak suka berada dalam barisan masa assembly. dan yang paling aku benci sebab aku kena duduk di barisan yang paling hadapan dan terpaksa mengahadap waja
h puan pengetua dan cikgu2 yang tercinta di atas pentas dengan penuh tekun. jangan kau berangan nak tersengguk 1 harakat pun! apatah lagi nak tersengguk2. inilah nasib menjadi manusia2 yang 'comel'.

untuk mengharapkan suatu keajaiban berlaku di mana aku boleh menjadi tinggi lampai dengan serta merta adalah sangat absurd! calciyum pun belum ada lagi masa tu. aku sangat jeles dengan kawan2 aku yang berada di barisan belakang. jeles s
ebab tak dapat nak qada' tidur macam diorang masa assembly. biasalah, hidup di asrama, tidur memang tak pernah cukup!
cukup setahun aku terseksa menatap wajah pengetua dengan tekun sepanjang assembly membuatkan aku mengambil keputusan drastik untuk menyertai pasukan pancaragam sekolah aku. dan pilihan hati aku adalah CLARINET!! apa kaitan join
band dengan assembly?? setiap kali formal assembly, budak2 band akan duduk di bahagian belakang dewan untuk main lagu negaraku dan lagu sekolah. kitorang tak guna kaset ok! live band gitu.hehe. sejak aku join band aku dah tak perlu lagi beratur dalam barisan dan tunjuk muka tekun depan pengetua lagi. misi tercapai!(tersenyum lebar).


pujaan hatiku. no guts, no glory!! (^^,)


for something that u gained, you'll lose some other thing!

aku tak tahu genius mana yang cipta kata2 ni. tapi aku akui ada kebenarannya. walaupun seronok sebab dapat duduk di belakang dewan masa assembly, tapi ada jugak yang tak bestnya sebab terpaksa bangun lebih awal setiap hari isnin. pukul 6.45 pagi dah kena ada kat band room untuk tuning dan praktis sekejap sebelum masuk hall. this is serious matter okay! walaupun setakat main lagu sekolah dan lagu negaraku, it still has to be PERFECT! kalau ada sumbang sikit je memang siap la kau!

bila dah habis zaman pakai uniform sekolah, hari Isnin tak pernah lagi menjadi hari yang 'gelap' buat aku. bagi aku setiap hari pun sama je sebab dah tak ada perkara rutin yang menyiksakan macam zaman sekolah dulu. even dah kerja pun, blues hari isnin dah tak menjadi isu besar dalam hidup aku. aku ada cara aku sendiri untuk membangkitkan 'mood' hari isnin aku. dan antaranya ialah dengan bercantik-cantikkan ke ofis! aku akan pakai baju yang berwarna ceria dan paling cantik dalam koleksi aku.make-up sikit2. and..there u go! (kalau dah cantik2 mesti lah mood tu up sikit kan.kan.hehe)

tapi, hari ni memang hari isnin yang paling GELAP+MALANG dalam sejarah hidup aku. aku bangun pagi dengan penuh bersemangat.dah penat2 aku bercantik-cantikkan untuk ke ofis, tiba2 tayar kereta aku pancit pulak. nak tukar dengan tayar spare, tayar spare pulak tak ada angin langsung. hampeh! terpaksa lah aku bawa kereta aku ke petronas untuk isi angin. 30 km/j je okay. sangat tension bila bawa kereta slow tahap siput babi. semua orang nak potong aku. TENSION!!

dah sampai petronas, boleh pulak pam angin kat petronas tu rosak. tarik nafas dalam2. start enjin, cari bengkel yang paling dekat. nasib baik ada. lepas tu, terus pecut laju ke ofis. semua orang aku potong. (balas dendam). punch card pukul 8.05 am. SYABAS!! (lambat 5 minit pun merah ke?) memang tak cun dah la aku lepas tu.pfffttt! T_T


moral of the story: pastikan tayar spare anda sentiasa berada dalam keadaan baik!

Wednesday, December 15, 2010

Blues Jersi Biru

satu pertempuran hebat(err..hebat ke? harap2 hebat la kan) akan berlaku antara pasukan Malaysia dan Vietnam di Stadium Putra Bukit Jalil malam ni. walaupun aku ada instinct yang agak kurang sedap untuk game pada malam ni, tapi harap2 jersi biru yang bakal disarungkan nanti akan membawa tuah kepada pasukan kebangsaan kita. aku tak kesah pun diorang nak pakai jersi kaler kuning ke, kaler biru ke, kaler pink sekali pun, aku tak kesah. sebab memang tak ada lagi hasil kajian yang sahih menyatakan warna jersi yang di pakai mempengaruhi menang kalah sesuatu team dalam mana2 perlawanan. kalau dah otai tu otai jugak. tak pakai baju pun boleh menang. tol tak? yang aku kesah aku nak tengok team Malaysia menang malam ni. walaupun pernah menewaskan vietnam dalam Sukan Sea pada tahun lepas, tapi ini tidak memberikan sebarang jaminan bahawa piala suzuki 2010 akan menjadi milik kita pada kali ini. apa aku nak sibuk sangat tengok dorang menang? bukan piala suzuki tu dorang nak simpan kat rumah aku pun. apatah lagi nak belanja aku roti canai sekeping. tapi aku tetap berharap hero2 kita akan bermain dengan kacak pada malam ni. malu kot kalau kalah kat padang sendiri. T_T

haa..dengar la pesanan sifu korang tu.FOKUS!!ok.


owh..suka betul menuding jari. ni pose peberet beliau kot.





*harap2 instinct aku kali ni hanyalah gurauan manja semata2(@_@)



Monday, December 13, 2010

kena TERJAH!!!

1. Adakah anda rasa anda HOT?

owh..sudah semestinya. tersangat2 HOT!.dah seminggu air cond kat ofis ni tak function. mau gua tak HOT?? pfftt!


2. Upload wallpaper anda guna sekarang


3. Cerita about this picture

ok. ini gambar bersama dengan besties terchenta, kak anis & liyana norsam. baru tukar WP ni minggu lepas. motif?? sangat rindu dekat dorang. rindu sangat2.(*_*)


4. Kali terakhir makan pizza

hmm..bulan lepas kalau tak silap. adik aku tapau pizza bawak balik rumah dan dengan baik hatinya bagi 1 slice kat aku. ya. 1 slice je. memang tak puas. T_T


5. Lagu terakhir anda dengar

Di alam fana cinta (Black nyanyi masa konsert Jom Heboh malam tadi).sangat suka lagu ni okay!(^^,)


6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?

ngeteh!


7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?

::ELLA::

ni nama panggilan aku kat rumah.bukan aku nak bajet 'ELLA' okay. masa kecik2 dulu aku sangat suka melalak. kecik2 dah gila karaoke. kebetulan time tu 'ELLA' tengah HOT dan meletup2. semua lagu2 'ELLA' aku hafal. masa tu memang aku bajet aku lah ELLA, si ratu rock Malaysia.

::FIZAH::

nama ni aku start guna masa aku form1. bila aku perkenalkan diri aku as FIZAH memang tak ada orang nak pertikaikan sebab tu dah memang nama aku seperti mana yang tertulis dalam IC.

::MOSS::

di sebabkan aku anak PAK MOSS, ada la beberapa orang member yang panggil aku MOSS. biasa la kan. budak2..memang suka btol main nama mak bapak ni.haish!

::FIZZERK::

ni nama panggilan di kalangan geng2 aku kat ssp dulu. nama rock la konon sebab nama fizah terlampau sopan untuk aku. apakah?? kalau kat sekolah masing2 ada nama panggilan yang senior2 bagi. kreatif sungguh!

::PIJOT::

nama ni pulak ada 2,3 orang member masa kat KML dulu yang panggil. (nama ni sangat tak HOT, okay!)

::MEK::

ni pulak gelaran khas dari YANA NORSAM. sejak aku reti kecek kelate terus je dia panggil aku mek. lepas tu ada la lagi 2 ,3 orang pengikut dia yang panggil aku mek jugak. hmm..mek jah!


8. Tag lagi 5 orang

1) MAMA AM

2) HUSNA ADILA

3) AIZUDDIN HANIS

4) APIS

5) haaa..KAMU!! ya. kamu insan terpilih yang sedang membaca ini post!


10. Katakan sesuatu kepada orang nombor 5

haaa..apo laiee..jawab la.hehe(^^,)


11. Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?

beliau ada hubungan dengan mak ayah beliau, adik beradik beliau, saudara mara beliau, kawan-kawan beliau dan seorang gadis.=)


12. Bagaimana pula dengan nombor 2?

she's a lovely girl.(^_^)


13. Kata-kata cinta pada orang nombor 4?

owh..dia budak bawah umur. tak boleh berchenta lagi okay!


14. Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag:

1) seorang mama yang HOT!!

2) seorang yang artistik. i love her drawings. very much!

3) gila bola. gila MU!

4) dia seorang budak yang baik. kan apis?

5) err..baru nak berkenalan. silakan menjawab okay.hehe


p/s:thanks to miss ona sebab tagged i.peace!(^^,)

Sunday, December 12, 2010

Bagai Pungguk Rindukan Bulan


wahai si pungguk
kenapa kau masih tetap di situ?
masih setia menunggu Sang Bulan
walhal kau tahu
kau takkan pernah mampu terbang tinggi di awanan
untuk mendekati Sang Bulan
kau juga tahu
Sang Bulan takkan pernah bisa keluar dari orbitnya
dan bergerak untuk menghampirimu wahai Si Pungguk
kau tahu itu takkan pernah berlaku
kau tahu tentang hakikat itu
terus, kenapa kau masih juga di situ?

sedarlah wahai Pungguk
bulan yang indah itu tidak akan selamanya bersinar
ada ketikanya ia gerhana, gelap dan suram
bukan hanya Sang Bulan yang mampu menerangi gelap malammu
ada Si Bintang dan Sang Suria juga
yang memberikan cahaya dan sinar dalam hidupmu
usahlah kau rindukan lagi Sang Bulan itu
biarkan ia terus bahagia ditemani bintang-bintang di angkasa
kerna mereka nampak cukup indah bila bersama
dan berpijaklah dikau di bumi yang nyata
kerna alam realiti tidak seindah fantasi



Thursday, December 9, 2010

petang yang jiwang




If you're not the one then why does my soul feel glad today?
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call?
If you are not mine would I have the strength to stand at all?

I never know what the future brings
But I know you're here with me now
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don't wanna run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do I dream of you as my wife?

I don't know life so far away
But I know that its just a trip
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I'm praying you're the one I've build my home with
I hope I love you all my life

I don't wanna run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

'Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
'Cause I love you, whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
You know my heart is by your side

I don’t wanna run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

Monday, December 6, 2010

bila aku sudah tua..

pernah tak terfikir macam mana rupa korang bila dah tua2 nanti? fuhh! aku pun tak boleh nak bayang macam mana rupa aku bila dah tua nanti. agak2 sama tak macam mak aku? ke lagi cun dari mak aku?hehe. dan terima kasih kepada encik google kerana telah memperkenalkan aku dengan seorang pakar yang sangat konpiden mentransformkan wajah aku untuk masa 20 tahun akan datang.nah tengok ni.hasil kerja beliau!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
eh,jap2.nak bagi warning sikit.untuk ibu2 yang sedang sarat mengandung tolong jangan tengok ok.tapi kalau nak tengok jugak, omputeh cakap 'watch at your own risk!' ok.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TADDDDAAAA!!!!


haaa..gelak la puas2..pfffttt!(@_@)
langsung tak sama macam mak aku ok!
muka tak nak bajet cam pengetua sekolah gitu.
adeh.seram pulak aku tengok.

nak tengok ghupe korang pulak??
klik je kt ::SINI::



p/s:still nak kawen ngan saya lagi ke?haha

Saturday, November 27, 2010

Kisah Seorang Rock Star!!



Pernah main guitar hero tak? Memang rugi besar la siapa yang tak pernah main game ni. Aku bukan seorang yang obses dengan video game. Aku memang tak pernah minat main game. Aku tak faham macam mana abang2 dan adik2 aku boleh duduk berjam2 main ps2. Aku tak faham macam mana anak sedare aku boleh begitu khusyuk menunduk sampai tertido-tido melayan psp nya. Sampailah aku berjinak-jinak dengan guitar hero. Ya. Aku terlalu obses untuk menjadi seorang rock star. Orang kata ‘practice makes perfect!’ Aku berpegang pada kata2 genius itu. Kesudahannya, pagi petang siang malam aku hidup dengan guitar hero. Cuma berpisah sekejap untuk makan,minum,mandi,tidur dan solat.ya.itu sudah pasti. kerna itu perkara wajib!

Tapi itu cerita ketika tahun gajah dahulu. Zaman aku sangat fanatik dengan dunia muzik dan memuja band2 underground(indie) atas pengaruh big brother aku. Zaman di mana aku sangat mengagumi dan meminati mat2 basist, dan drummer juga. Zaman di mana aku percaya lelaki2 yang tak hensem pun kalau pegang gitar boleh tiba2 menjadi kacak dan bergaya. Zaman di mana aku mengisytiharkan kepada dunia, "if u want me, go and get your guitar and sing to me. then i’m yours” dan sungguh tak sangka ada juga yang berani mencuba. Sungguh gigih. Tapi malangnya sang hati hanya inginkan seorang guitarist sejati.dan itu bukan kamu!tapi last2 sangkut kat mamat yang langsung tak tahu macam mana nak petik gitar. apatah lagi pasal chord2 gitar.argh! Cinta memang buta!

Dan zaman pun berubah. Semua itu akan tetap jadi kenangan indah dalam hidup aku. Tapi hari ni seseorang telah mengingatkan aku pada nostalgia zaman-zaman bergelar remaja itu(macam dah tua sangat je aku sekarang). Sungguh inilah peristiwa paling ‘rare’ yang pernah aku lihat. Sepanjang aku berkecimpung dalam dunia ‘guitar hero’, aku hanya tahu bermain dengan menggunakan gitar yang tak bertali tu dan juga joystick. Tapi hari ini dalam sejarah. Aku telah menyaksikan seorang guitarist sejati bermain guitar hero dengan menggunakan keyboard pc yang didakap kemas di dadanya sambil mengangguk-anggukkan kepala (head banging) di sebalik ruang cubical pejabat yang sempit itu. dapat bayangkan tak? its hilarious!! (^_^)


geng2 seniman jalanan

few years back:zaman rock & roll


Apa2 pun, aku nak ucapkan kepada budak ofis aku tu, "YOU’RE REAL ROCKER BRO!”

Wednesday, November 24, 2010

WHAT A DAY!!!

::dukacita 1, 0945 am::

hari ni ada klien lagi. aku menyambut kedatangannya dengan senang hati. dia memulakan bicara dan aku mendengar dengan penuh perhatian. wajahnya yang mendung benar2 menyentuh perasaan aku.

"suami akak sakit. dah seminggu terlantar di hospital. akak ada 7 orang anak yang akak kena tanggung."

aku merenung wajahnya dengan penuh rasa simpati.

"suami akak sakit apa?"

"kanser hati.."

kerongkong aku macam tersekat. terasa perit betul untuk mengeluarkan kata-kata. kanser hati, tahap 4! dan aku selaku seorang kaunselor yang masih amatur dalam bidang kaunseling sudah tidak mampu lagi mengawal perasaan aku.

menangis lagi! haish! sumpah aku penat dengan diri aku sendiri. kenapalah senang sangat air mata ni nak mengalir? cengeng betul! entah bilalah aku boleh jadi kuat. aku cuba menahan air mata duyung aku ni daripada menitis. tapi lepas 2 ke 3 harakat mesti kolam takungan aku ni pecah.

hampir kesemua klien yang datang memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui kisah hidup yang sangat sukar. sungguh tidak tercapai dek akalku. dan hampir kesemuanya menyentuh perasaan aku. aku tiada sebab untuk tidak bersyukur, apatah lagi mengeluh. tapi takkan dalam setiap kes aku nak menangis? kamon girl! you have to be strong to give strength to others!

*
sy harap akak akan terus tabah untuk meneruskan kehidupan ini.

:: dukacita 2, 1230 pm::

lunch hour!
aku bergegas balik ke rumah untuk memasak. pagi tadi aku bangun lewat dan tak sempat untuk masak makanan tengah hari. kejap lagi adik aku balik dari sekolah mesti dia lapar. hidup agak susah semenjak mak tak ada di rumah. semuanya aku kena uruskan sendiri. kalau dulu balik je makanan tengah hari dah terhidang atas meja.

"la, Hajah Siah meninggal.
"

innalillah..
aku berhajat untuk berkunjung ke rumahnya selepas balik dari kerja nanti. selera makanku terbantut. aku kembali semula ke pejabat.

"eh, Ella. tahu tak Kak Yak meninggal dunia? dia pengsan kat tempat kerja tadi. sampai hospital doktor cakap dah tak ada"

aku tercengang. innalillah...sekali lagi. dua kematian pada hari yang sama. cukup mendukacitakan.

::dukacita 3, 0430 pm::

"Pok..aku dapat sibu." sms dari Mahran.
"Za, kamek dapat SMK Tutoh Apoh, Baram" sms dari Shahrul.

tiba2 hati aku jadi sebak. aku mengharapkan mereka akan posting di sekitar Kuching dan Samarahan. kini tiada lagi kawan2 untuk menonton wayang dan melepak di Boyan pada hujung minggu. kasihan Shahrul. aku harap dia tabah untuk melalui kehidupan di Baram(pedalaman 3). mudah-mudahan sekolah itu tidak akan dilanda banjir lagi.

::SUKACITA, 0600 pm::

di dalam kedukaan aku sepanjang hari ni, tetap ada perkara yang menggembirakan aku.

"Fizah, aku dapat SMK Asajaya, Samarahan. Wan Nasuha dpt SMK Batu Kawa" sms dari Afnan.

sekurang-kurangnya Afnan dan Wan Nasuha dapat jadi teman baru aku untuk menghabiskan waktu di hujung minggu.

"Duit PLKN dah masuk da" sms dari Atan.

ya. sms ringkas ni pun mampu membuatkan aku tersenyum kembali.

hidup ni memang tak selalunya indah. tapi aku tetap yakin pasti ada perkara yang indah di sebalik setiap perkara yang tidak indah itu. semoga kita semua akan terus tabah untuk menempuhi kehidupan ini.