Wednesday, August 11, 2010

aku ingin menjadi seorang SUPERWOMAN!!

aku ada azam baru sempena bulan ramadhan ni. aku ingin menjadi seorang superwoman! ya. seorang superwoman.
aku bukan berangan nak terbang dengan sayap berkibaran kat belakang badan aku dengan muka yang penuh rasa bangga kerana dapat menyelamatkan dunia. tapi aku hanya ingin menguji tahap kemampuan diri aku sendiri. tapi, tak adalah sampai nak buat rekod dunia dengan kebolehan-kebolehan yang luar biasa seperti merangkak mengelilingi kepulauan borneo. aku cuma ingin mencuba melakukan perkara yang mungkin nampak biasa di mata orang lain tapi cukup luar biasa bagi si gadis kenyalang.

kalau nak tahu apa cabaran-cabaran yang aku perlu lalui untuk aku layak bergelar superwoman kenalah tunggu post aku yang seterusnya.