Wednesday, December 15, 2010

Blues Jersi Biru

satu pertempuran hebat(err..hebat ke? harap2 hebat la kan) akan berlaku antara pasukan Malaysia dan Vietnam di Stadium Putra Bukit Jalil malam ni. walaupun aku ada instinct yang agak kurang sedap untuk game pada malam ni, tapi harap2 jersi biru yang bakal disarungkan nanti akan membawa tuah kepada pasukan kebangsaan kita. aku tak kesah pun diorang nak pakai jersi kaler kuning ke, kaler biru ke, kaler pink sekali pun, aku tak kesah. sebab memang tak ada lagi hasil kajian yang sahih menyatakan warna jersi yang di pakai mempengaruhi menang kalah sesuatu team dalam mana2 perlawanan. kalau dah otai tu otai jugak. tak pakai baju pun boleh menang. tol tak? yang aku kesah aku nak tengok team Malaysia menang malam ni. walaupun pernah menewaskan vietnam dalam Sukan Sea pada tahun lepas, tapi ini tidak memberikan sebarang jaminan bahawa piala suzuki 2010 akan menjadi milik kita pada kali ini. apa aku nak sibuk sangat tengok dorang menang? bukan piala suzuki tu dorang nak simpan kat rumah aku pun. apatah lagi nak belanja aku roti canai sekeping. tapi aku tetap berharap hero2 kita akan bermain dengan kacak pada malam ni. malu kot kalau kalah kat padang sendiri. T_T

haa..dengar la pesanan sifu korang tu.FOKUS!!ok.


owh..suka betul menuding jari. ni pose peberet beliau kot.





*harap2 instinct aku kali ni hanyalah gurauan manja semata2(@_@)



2 comments:

AH7 said...

go malaysia go..go selangor~~

fiza sarawak said...

erk..go selangor??heheh