Monday, December 20, 2010

pagi isnin yang gelap


selamat hari ISNIN!! (^^,)

aku tahu ramai orang tak suka hari Isnin. salahnya hari Isnin sebab dia hadir selepas hari Ahad. hari yang menjadi pujaan hati kebanyakan manusia. kehadir
an hari isnin seolah2 mengganggu kebahagiaan mereka untuk bersama2 hari ahad dengan lebih lama. maka wujudlah istilah "BLACK MONDAY".

kalau zaman sekolah dulu, hari isnin memang hari yang paling aku BENCI! hari Isnin sama dengan formal assembly! memang kat sekolah dulu hari2 ada assembly, tapi inilah satu2 nya assembly yang aku atau sesiapa pun yang bergelar pelajar SSP tak boleh nak escape. aku tak suka berada dalam barisan masa assembly. dan yang paling aku benci sebab aku kena duduk di barisan yang paling hadapan dan terpaksa mengahadap waja
h puan pengetua dan cikgu2 yang tercinta di atas pentas dengan penuh tekun. jangan kau berangan nak tersengguk 1 harakat pun! apatah lagi nak tersengguk2. inilah nasib menjadi manusia2 yang 'comel'.

untuk mengharapkan suatu keajaiban berlaku di mana aku boleh menjadi tinggi lampai dengan serta merta adalah sangat absurd! calciyum pun belum ada lagi masa tu. aku sangat jeles dengan kawan2 aku yang berada di barisan belakang. jeles s
ebab tak dapat nak qada' tidur macam diorang masa assembly. biasalah, hidup di asrama, tidur memang tak pernah cukup!
cukup setahun aku terseksa menatap wajah pengetua dengan tekun sepanjang assembly membuatkan aku mengambil keputusan drastik untuk menyertai pasukan pancaragam sekolah aku. dan pilihan hati aku adalah CLARINET!! apa kaitan join
band dengan assembly?? setiap kali formal assembly, budak2 band akan duduk di bahagian belakang dewan untuk main lagu negaraku dan lagu sekolah. kitorang tak guna kaset ok! live band gitu.hehe. sejak aku join band aku dah tak perlu lagi beratur dalam barisan dan tunjuk muka tekun depan pengetua lagi. misi tercapai!(tersenyum lebar).


pujaan hatiku. no guts, no glory!! (^^,)


for something that u gained, you'll lose some other thing!

aku tak tahu genius mana yang cipta kata2 ni. tapi aku akui ada kebenarannya. walaupun seronok sebab dapat duduk di belakang dewan masa assembly, tapi ada jugak yang tak bestnya sebab terpaksa bangun lebih awal setiap hari isnin. pukul 6.45 pagi dah kena ada kat band room untuk tuning dan praktis sekejap sebelum masuk hall. this is serious matter okay! walaupun setakat main lagu sekolah dan lagu negaraku, it still has to be PERFECT! kalau ada sumbang sikit je memang siap la kau!

bila dah habis zaman pakai uniform sekolah, hari Isnin tak pernah lagi menjadi hari yang 'gelap' buat aku. bagi aku setiap hari pun sama je sebab dah tak ada perkara rutin yang menyiksakan macam zaman sekolah dulu. even dah kerja pun, blues hari isnin dah tak menjadi isu besar dalam hidup aku. aku ada cara aku sendiri untuk membangkitkan 'mood' hari isnin aku. dan antaranya ialah dengan bercantik-cantikkan ke ofis! aku akan pakai baju yang berwarna ceria dan paling cantik dalam koleksi aku.make-up sikit2. and..there u go! (kalau dah cantik2 mesti lah mood tu up sikit kan.kan.hehe)

tapi, hari ni memang hari isnin yang paling GELAP+MALANG dalam sejarah hidup aku. aku bangun pagi dengan penuh bersemangat.dah penat2 aku bercantik-cantikkan untuk ke ofis, tiba2 tayar kereta aku pancit pulak. nak tukar dengan tayar spare, tayar spare pulak tak ada angin langsung. hampeh! terpaksa lah aku bawa kereta aku ke petronas untuk isi angin. 30 km/j je okay. sangat tension bila bawa kereta slow tahap siput babi. semua orang nak potong aku. TENSION!!

dah sampai petronas, boleh pulak pam angin kat petronas tu rosak. tarik nafas dalam2. start enjin, cari bengkel yang paling dekat. nasib baik ada. lepas tu, terus pecut laju ke ofis. semua orang aku potong. (balas dendam). punch card pukul 8.05 am. SYABAS!! (lambat 5 minit pun merah ke?) memang tak cun dah la aku lepas tu.pfffttt! T_T


moral of the story: pastikan tayar spare anda sentiasa berada dalam keadaan baik!

3 comments:

AH7 said...

hehe...ciannye..tayar bocor..2lah kene rajin2 tgk tayar spare part...btol x?..

wah..kre kamu ni musican lah er...huhuhu~~ best 2...

P/S : Entry baru "( A H 7 ): Kenapa Nak Bunuh Diri"

Zarina Zaimi said...

fizak!!! dah drive ke? eh sori.. salam wbt.. ;) xleh imagine fiza drive.. ;p semangat yer bercantik2. ina pun nak lah.. nnt student pun suke tgk.. teeeheee~

fiza sarawak said...

AH7: dlu la..skang dh lme tak main merangkak2 jugak nak bace taugeh2 tu.huhu

ina:haip!i got a driving licence ok!and i'm nearly qualified to the f1 last year.(plz dont tell any1!)haha.u r cantik enough.no need to bercantik2 nemore.(^^,)