Tuesday, December 28, 2010

::The chronicles of an unintended-teacher-to-be::

Impian aku nak jadi seorang engineer. Aku berangan-angan nak ada title IR kat depan nama aku. IR Norhafizah binti Mustafa. Smart kan? Lepas habis SPM aku masuk matrikulasi Labuan. Masa mula2 daftar, aku dapat Sains hayat. Tapi aku tak minat biologi. Sangat tak minat. Aku panjat bangunan admin, minta tukar ke sains fizikal. Alhamdulillah, diluluskan. Senang la aku nak apply chemical engineering nanti. Kononnya!

Masa isi borang upu dulu, pilihan 1 sampai 7 aku isi chemical engineering. Tiba2 pilihan yang ke-8, pendidikan bimbingan dan kaunseling. Apakah?? Ya. Semata-mata nak puaskan hati mak ayah aku yang beriya2 sangat nak aku jadi cikgu. Kenapa kaunseling? Sebab tak payah masuk kelas dan mengajar! Aku ingat percaturan aku cukup bijak. Aku yakin pilihan yang ke-8 tu takkan dapat punya. Tapi, lagi seminggu nak blah dari KML ayah aku call. Dengan penuh eksaited dia bagitau, aku dapat interview untuk kos pilihan yang ke-8! WHATTT??.T_T

Aku sengaja bangun lambat supaya aku tak perlu pergi interview pagi tu. Tapi ayah aku ketuk pintu bilik aku macam nak pecah. Sikit lagi nak pecah. Dia paksa aku mandi dan tolong gosokkan baju kurung aku. Tahniah! Sebab aku Berjaya menjadi peserta terakhir datang ke temuduga tersebut. “err..tak nak disqualifiedkan saya ke? Saya tak berdisiplin okay.” Rasa cam gatal je mulut aku nak bertanya kat interviewer tu, arwah DR. Lily. Niat di hati nak buat perangai sawan masa interview tu supaya aku digagalkan. Tapi layanan mesra arwah Dr.Lily membuatkan aku lupa diri dan terus bersembang rancak dengan beliau. Dari 1 isu ke 1 isu, kami berkongsi pandangan dan minat yang sama. Dan yang paling menarik, kami berkongsi tarikh lahir yang sama. Dan aku terus terlupa ini adalah sesi temuduga! (tepuk dahi!)

Aku tak pernah tahu pun apa itu kaunseling. Tak pernah jejak kaki pun dalam kaunseling kat sekolah aku dulu. Betul la kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Bila aku dah mula mengenali tentang kaunseling, aku mulai jatuh cinta dengan bidang ini. Dan di sinilah aku mulai menghargai keunikan manusia yang pelbagai ragam. Aku belajar untuk lebih mengenali diri aku sendiri. Aku belajar untuk lebih menghagai erti sebuah kehidupan. Aku rasa bahagia bila dapat membantu orang lain. Aku betul2 jatuh cinta dengan bidang kaunseling.






Mungkin ini adalah ketentuan dariNYA. aku tahu.semua tahu.DIA maha mengetahui.sehebat mana pun perancangan kita,hebat lagi perancangan DIA. Aku tak pernah merancang masa depan aku untuk menjadi seorang guru. Tapi DIA dah tetapkan jalan ini untuk aku. Dan gelaran cikgu itu akan terus bersemadi bersama aku hingga ke liang lahad nanti.

1 comment:

ceriteraku said...

kehidupan mmg tidak terduga kn? aku pun xpenah fikir nk jd cikgu..hahah alih2 jd plak..but i luve kaunseling so much!! byk bnda yg kte blajar..