semalam aku menghadiri satu taklimat kesiapsiagaan bencana yang dianjurkan oleh pihak JKM. al-maklumlah. musim tengkujuh bakal menjengah tidak lama lagi. harap2 tak ada lah bencana yang serius terutama bah yang akan melanda. bak kata bos aku "dana yang kita ada sekarang ni pun tak cukup untuk bagi bantuan kepada klien2 kita yang sedia ada. kalau banjir ni, matilah kita". apa2 pun, kita bukan tuhan untuk meramal apa yang akan berlaku pada hari esok. apa yang kita boleh lakukan adalah berdoa dan bersiapsiaga. sekurang-kurangnya kalau berlaku bencana nanti (nauzubillah), kita dah bersedia. tak ada lah gelabah tak tentu hala. kan?
tapi bukan itu yang aku nak ceritakan sebenarnya. yang tu mukadimah je. apa yang aku nak kongsi kat sini adalah tentang PEMBENTANGAN. ya. pembentangan. zaman sekarang kan dah canggih.mana2 taklimat atau ceramah yang kita pergi pun KONFEM! akan guna powerpoint. tak ada lagi dah conteng2 kat papan hitam atau sekadar bercakap kosong macam bagi khutbah jumaat. taklimat semalam tu memang penting. kalau tak penting tak ada nya kitorang nak organize event tu kan? tapi sayang powerpoint yang disediakan oleh pihak penceramah HAMPEH! ada ke patut background kuning (light yellow), pastu tulisan kaler putih. mau tak juling mata penonton nak baca slide beliau? haish!
memandangkan dulu aku pernah belajar subjek teknologi pendidikan dengan Dr. Wan Zah(seorang perfectionist tahap dewa, dan aku dapat A untuk subjek beliau.TAHNIAH!). so aku nak kongsi sikit macam mana nak buat pembentangan yang MENARIK!
1. slide powerpoint jangan terlampau WORDY! masukkan isi2 penting SAHAJA kat dalam slide dalam bentuk points. BUKAN karangan, Okay! kalau boleh, buat dalam bentuk carta dan huraikan isi2 penting yang ada di dalam slide anda.ini akan mengelakkan anda daripada MEMBACA semasa pembentangan.
2. pemilihan BACKGROUND adalah sangat penting! yang ni perlu disesuaikan mengikut suasana majlis dan target audience anda. dah tahu nak present di kalangan tuan2 dan puan2 dalam majlis yang formal, jangan la syok sendiri guna background kaler PINK, berbunga2 liplap2 bagai. tak perlu la nak habaq mai kat semua orang yang hang tu OBSES kaler pink! tapi kalau nak present di kalangan kanak2, apalah salahnya guna background BEN 10. ya tak? so, kenalah sesuaikan ikut selera audience. BUKAN selera anda okay!
2. FONT! yang ini paling penting. tak guna jugak kalau slide anda gempak kebabom! tapi isinya tak boleh dibaca. tolong bezakan FONT untuk TAJUK dan point2 PENTING! dalam slide anda. sekurang-kurangnya, gunakan SAIZ font 18 dan ke atas supaya tulisan anda nampak JELAS dan boleh dibaca oleh SEMUA audience.BUKAN yang duduk di barisan hadapan SAHAJA! pilih KALER font yang sesuai dengan background anda. jangan julingkan mata audience anda dengan menggunakan kaler font yang sedondon dan seirama dengan warna background anda!dan jangan pulak masukkan ketujuh-tujuh warna pelangi kat dalam slide anda. nak meriah sangat kan? tolong lah. JANGAN!!
3. masukkan GAMBAR2 yang menarik dan BERKAITAN dalam slide anda. ini akan mengelakkan audience daripada merasa bosan dan membantu audience untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang anda cuba sampaikan.
4. SESEKALI selitkan ANIMATION yang KELAKAR untuk menarik perhatian audience. tapi jangan terlampau banyak animation. takut nanti slide anda kelihatan seperti pokok krismas pulak. sudahnya, perhatian audience akan tertumpu pada animation2 itu, bukan pada ANDA!
okay. kalau slide dah cantik, kemas dan menarik, penyampaian anda sebagai presenter juga harus lah kemas dan MENARIK!
1. elakkan bercakap dengan diri sendiri semasa membentang(mumbling). lontarkan vokal anda semaksima yang mungkin agar dapat didengar oleh SEMUA audience, tapi jangan MENJERIT! lebih2 lagi kalau guna mikrofon.(>_<)
2. gunakan intonasi, 'dynamics' dan tempo (a.k.a had laju) yang sesuai semasa membentang supaya anda tidak mendodoikan audience2 anda.
3. berikan huraian yang ringkas,padat dan JELAS! (sertakan contoh dan analogi yang bersesuaian)
4. dan yang paling PENTING! cuba berkomunikasi secara 2 hala dengan audience. sekurang-kurangnya, tanyalah "FAHAM TAK?".haa..tak susah kan? janganlah berdiri terpacak je kat belakang rostrum. cuba gerak2 sikit, ke kiri 8 langkah, ke kanan 8 langkah, ke depan pulak 8 langkah, ke belakang 8 langkah lagi.hah! buat poco2 terus!(^_~)
okay!itu sahaja yang CIKGU FIZAH nak ajar hari ni. selamat mencuba!!
p/s:tips2 buat slide powerpoint tu boleh juga diguna pakai untuk mendesign blog masing2.please try to make it as simple as possible. jangan buat blog korang macam pokok krismas, okay!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam fiza.. Dr Wan sure bangga entri ni.. heee~
Post a Comment