::dukacita 1, 0945 am::
hari ni ada klien lagi. aku menyambut kedatangannya dengan senang hati. dia memulakan bicara dan aku mendengar dengan penuh perhatian. wajahnya yang mendung benar2 menyentuh perasaan aku.
"suami akak sakit. dah seminggu terlantar di hospital. akak ada 7 orang anak yang akak kena tanggung."
aku merenung wajahnya dengan penuh rasa simpati.
"suami akak sakit apa?"
"kanser hati.."
kerongkong aku macam tersekat. terasa perit betul untuk mengeluarkan kata-kata. kanser hati, tahap 4! dan aku selaku seorang kaunselor yang masih amatur dalam bidang kaunseling sudah tidak mampu lagi mengawal perasaan aku.
menangis lagi! haish! sumpah aku penat dengan diri aku sendiri. kenapalah senang sangat air mata ni nak mengalir? cengeng betul! entah bilalah aku boleh jadi kuat. aku cuba menahan air mata duyung aku ni daripada menitis. tapi lepas 2 ke 3 harakat mesti kolam takungan aku ni pecah.
hampir kesemua klien yang datang memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui kisah hidup yang sangat sukar. sungguh tidak tercapai dek akalku. dan hampir kesemuanya menyentuh perasaan aku. aku tiada sebab untuk tidak bersyukur, apatah lagi mengeluh. tapi takkan dalam setiap kes aku nak menangis? kamon girl! you have to be strong to give strength to others!
*sy harap akak akan terus tabah untuk meneruskan kehidupan ini.
:: dukacita 2, 1230 pm::
lunch hour! aku bergegas balik ke rumah untuk memasak. pagi tadi aku bangun lewat dan tak sempat untuk masak makanan tengah hari. kejap lagi adik aku balik dari sekolah mesti dia lapar. hidup agak susah semenjak mak tak ada di rumah. semuanya aku kena uruskan sendiri. kalau dulu balik je makanan tengah hari dah terhidang atas meja.
"la, Hajah Siah meninggal."
innalillah..aku berhajat untuk berkunjung ke rumahnya selepas balik dari kerja nanti. selera makanku terbantut. aku kembali semula ke pejabat.
"eh, Ella. tahu tak Kak Yak meninggal dunia? dia pengsan kat tempat kerja tadi. sampai hospital doktor cakap dah tak ada"
aku tercengang. innalillah...sekali lagi. dua kematian pada hari yang sama. cukup mendukacitakan.
::dukacita 3, 0430 pm::
"Pok..aku dapat sibu." sms dari Mahran.
"Za, kamek dapat SMK Tutoh Apoh, Baram" sms dari Shahrul.
tiba2 hati aku jadi sebak. aku mengharapkan mereka akan posting di sekitar Kuching dan Samarahan. kini tiada lagi kawan2 untuk menonton wayang dan melepak di Boyan pada hujung minggu. kasihan Shahrul. aku harap dia tabah untuk melalui kehidupan di Baram(pedalaman 3). mudah-mudahan sekolah itu tidak akan dilanda banjir lagi.
::SUKACITA, 0600 pm::
di dalam kedukaan aku sepanjang hari ni, tetap ada perkara yang menggembirakan aku.
"Fizah, aku dapat SMK Asajaya, Samarahan. Wan Nasuha dpt SMK Batu Kawa" sms dari Afnan.
sekurang-kurangnya Afnan dan Wan Nasuha dapat jadi teman baru aku untuk menghabiskan waktu di hujung minggu.
"Duit PLKN dah masuk da" sms dari Atan.
ya. sms ringkas ni pun mampu membuatkan aku tersenyum kembali.
hidup ni memang tak selalunya indah. tapi aku tetap yakin pasti ada perkara yang indah di sebalik setiap perkara yang tidak indah itu. semoga kita semua akan terus tabah untuk menempuhi kehidupan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bersyukur dengan apa yang diberikan...
Post a Comment