Saturday, November 27, 2010

Kisah Seorang Rock Star!!



Pernah main guitar hero tak? Memang rugi besar la siapa yang tak pernah main game ni. Aku bukan seorang yang obses dengan video game. Aku memang tak pernah minat main game. Aku tak faham macam mana abang2 dan adik2 aku boleh duduk berjam2 main ps2. Aku tak faham macam mana anak sedare aku boleh begitu khusyuk menunduk sampai tertido-tido melayan psp nya. Sampailah aku berjinak-jinak dengan guitar hero. Ya. Aku terlalu obses untuk menjadi seorang rock star. Orang kata ‘practice makes perfect!’ Aku berpegang pada kata2 genius itu. Kesudahannya, pagi petang siang malam aku hidup dengan guitar hero. Cuma berpisah sekejap untuk makan,minum,mandi,tidur dan solat.ya.itu sudah pasti. kerna itu perkara wajib!

Tapi itu cerita ketika tahun gajah dahulu. Zaman aku sangat fanatik dengan dunia muzik dan memuja band2 underground(indie) atas pengaruh big brother aku. Zaman di mana aku sangat mengagumi dan meminati mat2 basist, dan drummer juga. Zaman di mana aku percaya lelaki2 yang tak hensem pun kalau pegang gitar boleh tiba2 menjadi kacak dan bergaya. Zaman di mana aku mengisytiharkan kepada dunia, "if u want me, go and get your guitar and sing to me. then i’m yours” dan sungguh tak sangka ada juga yang berani mencuba. Sungguh gigih. Tapi malangnya sang hati hanya inginkan seorang guitarist sejati.dan itu bukan kamu!tapi last2 sangkut kat mamat yang langsung tak tahu macam mana nak petik gitar. apatah lagi pasal chord2 gitar.argh! Cinta memang buta!

Dan zaman pun berubah. Semua itu akan tetap jadi kenangan indah dalam hidup aku. Tapi hari ni seseorang telah mengingatkan aku pada nostalgia zaman-zaman bergelar remaja itu(macam dah tua sangat je aku sekarang). Sungguh inilah peristiwa paling ‘rare’ yang pernah aku lihat. Sepanjang aku berkecimpung dalam dunia ‘guitar hero’, aku hanya tahu bermain dengan menggunakan gitar yang tak bertali tu dan juga joystick. Tapi hari ini dalam sejarah. Aku telah menyaksikan seorang guitarist sejati bermain guitar hero dengan menggunakan keyboard pc yang didakap kemas di dadanya sambil mengangguk-anggukkan kepala (head banging) di sebalik ruang cubical pejabat yang sempit itu. dapat bayangkan tak? its hilarious!! (^_^)


geng2 seniman jalanan

few years back:zaman rock & roll


Apa2 pun, aku nak ucapkan kepada budak ofis aku tu, "YOU’RE REAL ROCKER BRO!”

Wednesday, November 24, 2010

WHAT A DAY!!!

::dukacita 1, 0945 am::

hari ni ada klien lagi. aku menyambut kedatangannya dengan senang hati. dia memulakan bicara dan aku mendengar dengan penuh perhatian. wajahnya yang mendung benar2 menyentuh perasaan aku.

"suami akak sakit. dah seminggu terlantar di hospital. akak ada 7 orang anak yang akak kena tanggung."

aku merenung wajahnya dengan penuh rasa simpati.

"suami akak sakit apa?"

"kanser hati.."

kerongkong aku macam tersekat. terasa perit betul untuk mengeluarkan kata-kata. kanser hati, tahap 4! dan aku selaku seorang kaunselor yang masih amatur dalam bidang kaunseling sudah tidak mampu lagi mengawal perasaan aku.

menangis lagi! haish! sumpah aku penat dengan diri aku sendiri. kenapalah senang sangat air mata ni nak mengalir? cengeng betul! entah bilalah aku boleh jadi kuat. aku cuba menahan air mata duyung aku ni daripada menitis. tapi lepas 2 ke 3 harakat mesti kolam takungan aku ni pecah.

hampir kesemua klien yang datang memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui kisah hidup yang sangat sukar. sungguh tidak tercapai dek akalku. dan hampir kesemuanya menyentuh perasaan aku. aku tiada sebab untuk tidak bersyukur, apatah lagi mengeluh. tapi takkan dalam setiap kes aku nak menangis? kamon girl! you have to be strong to give strength to others!

*
sy harap akak akan terus tabah untuk meneruskan kehidupan ini.

:: dukacita 2, 1230 pm::

lunch hour!
aku bergegas balik ke rumah untuk memasak. pagi tadi aku bangun lewat dan tak sempat untuk masak makanan tengah hari. kejap lagi adik aku balik dari sekolah mesti dia lapar. hidup agak susah semenjak mak tak ada di rumah. semuanya aku kena uruskan sendiri. kalau dulu balik je makanan tengah hari dah terhidang atas meja.

"la, Hajah Siah meninggal.
"

innalillah..
aku berhajat untuk berkunjung ke rumahnya selepas balik dari kerja nanti. selera makanku terbantut. aku kembali semula ke pejabat.

"eh, Ella. tahu tak Kak Yak meninggal dunia? dia pengsan kat tempat kerja tadi. sampai hospital doktor cakap dah tak ada"

aku tercengang. innalillah...sekali lagi. dua kematian pada hari yang sama. cukup mendukacitakan.

::dukacita 3, 0430 pm::

"Pok..aku dapat sibu." sms dari Mahran.
"Za, kamek dapat SMK Tutoh Apoh, Baram" sms dari Shahrul.

tiba2 hati aku jadi sebak. aku mengharapkan mereka akan posting di sekitar Kuching dan Samarahan. kini tiada lagi kawan2 untuk menonton wayang dan melepak di Boyan pada hujung minggu. kasihan Shahrul. aku harap dia tabah untuk melalui kehidupan di Baram(pedalaman 3). mudah-mudahan sekolah itu tidak akan dilanda banjir lagi.

::SUKACITA, 0600 pm::

di dalam kedukaan aku sepanjang hari ni, tetap ada perkara yang menggembirakan aku.

"Fizah, aku dapat SMK Asajaya, Samarahan. Wan Nasuha dpt SMK Batu Kawa" sms dari Afnan.

sekurang-kurangnya Afnan dan Wan Nasuha dapat jadi teman baru aku untuk menghabiskan waktu di hujung minggu.

"Duit PLKN dah masuk da" sms dari Atan.

ya. sms ringkas ni pun mampu membuatkan aku tersenyum kembali.

hidup ni memang tak selalunya indah. tapi aku tetap yakin pasti ada perkara yang indah di sebalik setiap perkara yang tidak indah itu. semoga kita semua akan terus tabah untuk menempuhi kehidupan ini.



Monday, November 22, 2010

KENDURI OH KENDURI!!

0730 am

pintu bilik gegak gempita diketuk bertalu-talu dari luar. kantung mata aku terasa begitu berat untuk dibuka.

"ella,ngan bapak pergi pengilan lok"

argh!ini perkara yang aku benci tentang hujung minggu di musim cuti sekolah. undangan kenduri kahwin di sana sini. minggu ini sahaja kami sekeluarga telah menerima 10keping kad undangan ke majlis perkahwinan sahabat handai dan sanak saudara. kalau menghadiri kenduri kahwin sahabat handai memang aku sedikit eksaited. kenduri kahwin adalah saat untuk reunion yang terbaik bersama rakan2. minggu ini salah seorang rakan baik aku akan melangsungkan perkahwinannya di johor. dan aku sangat terkilan kerana tidak dapat turut serta meraikan hari bahagianya. private jet yang aku tempah bulan lepas belum juga siap2 walaupun downpayment 100k telah aku langsaikan.

aku mencuit2 plus mencubit2 plus menendang2 adikku di sebelah dengan harapan dia akan bangun dan sudi menemani bapak ke kenduri kahwin anak sahabat baiknya. tapi ternyata usaha aku sia2. kenapalah aku tak boleh nak tidur mati macam dia. emak pulak sedang holiday di Mukah selama seminggu, meninggalkan segala tanggungjawabnya ke atas bahu aku. nak tak nak, aku terpaksa jugak mengalah.

kalau korang nak tahu, bapak aku ni dia punya femes mengalahkan artis. sepanjang perjalanan menuju ke rumah pengantin ada saja yang menyapanya. dah rasa macam Y.B masuk kampung pulak. aku hanya membontotinya bersalaman dan bersembang-sembang kencang dengan sahabat2 nya. dah macam jejak kasih pun ada. mungkin inilah perasaan Rosmah ketika menemani Najib ke majlis2 keraian. mungkin..

"tok anak kau kah moss? boleh lah kita berbesan tok"

pakcik Junit mengusik. aku hanya tersenyum tersipu2 menyerlahkan kegadisan-kemelayuan- keterakhiran aku. terasa janggal juga berada di kalangan pakcik-pakcik ni. aku mengundurkan diri untuk beramah mesra bersama persatuan isteri-isteri. mereka senyum, aku senyum. mereka gelak, aku pun gelak. hipokrit sungguh aku ini! tapi aku ikhlas. betul. aku seronok dapat berkenalan dengan orang2 'lama'. seronok mendengar kisah pengalaman hidup mereka. masing2 punya kisah tersendiri. andai saja emak aku yang berada di sini pada saat ini pasti perbualan ini akan menjadi lebih rancak. ya. emak aku cukup hebat dalam bercerita. dan kesemua kisah hidup beliau aku sudah khatam lebih dari 10 kali.


moral of the story?? orang2 lama ni memang LEGEND!

Saturday, November 6, 2010

cinta pandang pertama

susah nak percaya. adakah logik untuk terus jatuh cinta hanya dengan sekilas pandang sahaja. dari mata terus turun ke hati? argh! mengarut! nama dia pun aku tak kenal. daripada planet mana dia datang aku pun tak tahu. ini memang mengarut! wajah itu berlegar-legar lagi di rungan mindaku. semakin kerap. siapakah gerangan dikau wahai jejaka botak yang telah mengganggu ketenangan hidupku ini.

dan bagaikan dipukau, aku terpana saat dia muncul lagi di depanku. di dalam hati aku memuji betapa kacaknya dia. cukup sempurna. aku lihat dia tersenyum. aku keliru. apakah senyuman itu untukku? tidak sanggup untuk terus berteka-teki sendirian di situ aku memilih untuk beredar agar jauh dari pandangannya. masih berasa ralat di dalam hati kerna tidak membalas senyumannya. sombong. itu bukan cara aku. tak apalah. kalau ditakdirkan untuk bertemu dengannya lagi pasti akan ku balas senyuman itu.

namun, dia tidak pernah lagi muncul selepas peristiwa malam itu. apa yang menyesakkan hidup aku kini adalah kiriman2 salam yang tidak pernah putus dari seseorang yang tidak aku kenali. dan melayani orang yang tidak aku kenali juga bukan cara aku. maaf. kiriman2 salam itu aku biarkan berlalu dengan sepi. dan wajah jejaka botak itu masih juga menghantui. aku buntu.

dan semalam, aku menerima kiriman salam itu lagi. masih tidak berputus asa. kali ini aku bertekad untuk mengetahui siapakah gerangan pengirim salam yang misteri itu. dan ternyata insan misteri itu adalah kamu! jejaka kacak berkepala botak yang selama ini telah menghantui hidupku. kenapa kau perlu hadir di saat2 begini? mengeluh~

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.