Sunday, September 12, 2010

LONELY N LOSER

wah!hari ni dalam sejarah.dengan tiba2 aku rajin menambah post dlm blog aku.
dulu member aku selalu tanya 'kenapa gadis kenyalang selalu sepi je? '
hmm..aku tahu aku memang sangat2 jarang mengemaskinikan blog aku ni.dalam sebulan tu ade la satu post je aku mampu buat.so, sempena hari raya yang mulia ni, aku ingat nak buat gotong royong mega nak bersihkan blog aku yang dah bersawang ni.
banyak pulak masa aku nak 'menghapdet' blog hari ni ni kan?
haa..inilah tandanya aku memang dah dilanda kebosanan yang teramat sangat.
aku pernah tanya seorang member aku macam mana beliau boleh sangat rajin 'menghapdet' blog beliau.
nak tahu apa dia cakap? kalau ko tak nak tahu pun aku tetap nak bagitahu jugak.
"aku suka tulis blog bila aku bosan.time2 yang aku rasa lonely and macam loser" lebih kurang macam ni la ayat beliau.
so, setelah dikaji2, barulah aku sedar kenapa blog aku selalu je sepi sampai dah naik bersawang.rupa-rupanya aku terlalu sibuk dengan kehidupan duniawi aku sehari-harian sampai aku tak sempat nak rasa bosan ataupun lonely. lagipun, bila aku bosan aku lebih suka keluar dengan kawan-kawan aku, pergi tengok wayang, pergi karaoke tak pun melayan kerenah anak-anak saudara aku di rumah.kalau dah tak ada kerja sangat pun aku akan pergi cari kerja. gulung popia ke, buat cookies ke, buat kek coklat ke,kemas rumah ke, apa2 je la.janji hidup aku tak bosan. tapi hari ni aku betul-betul rasa bosan. nak keluar beraya mak aku dah pesan dh jangan tinggalkan rumah. so, aku kena la tunggu diorang balik dulu baru la aku boleh keluar beraya ke rumah kawan-kawan aku.tp tadi sempat jugak aku pergi open house kat rumah member aku sebab aku malas nak masak.agak-agak dah kenyang aku pun balik mengadap cinta hati aku ni lagi. nak kemas rumah, rumah dah cukup kemas dah. nak basuh kereta terasa malas la pulak.nasib baik hari raya ni ada banyak program2 best kat tv.kurang 20% kebosanan aku.
kalau nak mengarut kat sini sampai raya tahun depan pun takkan habis.
sekian sahaja cerita saya pada kali ini.

No comments: