Sunday, September 12, 2010
sebulan tak cukup
pantasnya masa berlalu.pejam celik, pejam celik dah masuk bulan syawal.rasa macam tak puas lagi berpuasa di bulan ramadhan.yela..mana tak nya klu dah 'cuti' lebih sepuluh hari.hmm..yang tu memang tak bley nak buat apa la kan.hehe.tapi apa yang lebih aku kesalkan ialah misi aku untuk bergelar superwoman pada bulan ramadhan yang lepas agak kurang berjaya. memang agak kecewa dengan diri sendiri sebab gagal memanfaatkan bulan ramadhan yang mulia dengan sebaik-baiknya.tahu2 takbir raya dah bergema dah.tapi, apa2 pun aku tetap hargai pengalaman yang aku lalui sepanjang bulan ramadhan tahun ni.apa2 yang kurang tu aku akan cuba baiki untuk ramadhan yang akan datang, itu pun kalau Allah izinkan aku untuk bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang.sebagai kenang-kenangan, aku nak abadikan pengalaman yang dah aku lalui sepanjang ramadhan 2010 kat dinding blog aku ni. setiap pagi aku akan bangun bersahur pada pukul 4.30 pg. lepas bersahur aku cuba manfaatkan masa yang ada untuk menambahkan pahala di bulan yang penuh barakah ni.tang ni la yang susah sangat nak istiqamah. banyak kali juga aku tewas dengan pujuk rayu katil aku yang memanggil-manggil aku untuk kembali beradu.(salahkan katil plak.haish!). pukul 7 pagi aku akan bersiap-siap untuk ke cafe. dengan mengenakan jeans, tshirt pohonmas dan tudung hitam(ni la uniform aku setiap isnin-jumaat) aku memecut 100km/jam ke unimas.kalau tak ada insan2 yang bercinta kat jalan raya tu, dalam 20 minit sampai la aku kt unimas.pukul 8 aku mula bekerja.melayan kerenah2 pelanggan non-muslim yang datang untuk mengisi perut mereka. sungguh menguji keimanan dan kesabaran. kadang-kadang tak terasa pun seperti bulan puasa sebab ramai juga pelanggan2 yang datang.masa ni la baru aku tahu budak2 yang dulu aku ingatkan muslim rupanya bukan.memang susah nak bezakan bangsa2 yang ada kt bumi kenyalang ni.sekali tengok nampak macam melayu.dua kali tengok pun nampak macam melayu jugak.bila dengar dia bercakap baru tahu bukan melayu.pening2.bula jam dah pukul 4 je aku cepat2 tutup cashier dan pasang lagu kuat2 sebagai isyarat kepada pelanggan2 yang dihormati 'TOLONG LA BALIK.KAMI NAK TUTUP DAH NI".tapi kebiasaannya ada la satu bangsa ni yang memang tak reti2 bahasa.time orang nak tutup kedai la dia suka datang melepak beramai-ramai kat kafe tu.nasib baik bulan puasa.aku biarkan jela dorang buat cafe tu macam rumah diorang sendiri.yang aku tahu pukul 5 aku nak chow pergi bazaar ramadhan kat depan unimas untuk tolong mak aku berniaga kat sana.masuk je waktu berbuka, kitorang berbuka beramai-ramai dengan peniaga2 yang lain, bertukar-tukar juadah.memang meriah.tapi sedih la jugak sebab tahun ni tak merasa berbuka bersama-sama dengan keluarga kat rumah macam ramadhan2 yang lepas.hari2 berkelah kat bazaar ramadhan.pengalaman ni la yang memang aku takkan lupa.lepas berbuka kitorang berkemas-kemas untuk balik.sampai-sampai je kat rumah, tergesa-gesa la aku nak solat maghrib.biasanya bagi je salam dah dengar azan isyak dah.hmm..agak kecewa di situ.lepas tu aku akan luangkan masa sekejap bermain dengan anak2 saudara aku sampai la diorang tidur dan aku pun tertidur sekali.macam tu la rutin aku setiap hari sepanjang bulan ramadhan.apa yang aku kesalkan ialah ramadhan tahun ni aku tak sempat nak merasa solat terawikh berjemaah kat surau.jejak kaki kat surau pun tak sempat.sebab tu la aku rasa misi aku nak jadi superwoman GAGAL.tapi apa2 pun, kenangan ramadhan kali ini akan aku ingat sampai bila2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment