Tuesday, January 4, 2011

Azam untuk berazam

eh,eh..dah tahun baru ek? ok. saja je buat2 tak sedar dah masuk tahun baru. dah 4 hari dah pun. masa malam new year hari tu siap buat BBQ bagai, takkan la aku tak sedar plak dah masuk tahun baru. dush! oh, ya! teringat plak kisah masa malam new year hari tu. tengah aku sibuk dok bakar kambing, tiba2 member aku halo aku ajak kuar celebrate new year kat kuching.

"eh, kat sarawak ni memang wajib buat BBQ ke masa new year? kiri, kanan, depan, belakang, jiran2 aku semua dok buat BBQ."

Hah.macam mano den nak jawab tu? member aku ni pun baru 2 bulan posting kat sarawak. banyak la yang aku kena explain kat dia tentang budaya2 kat sarawak ni. bila dia tanya macam tu baru aku perasan yang ekceli BBQ di malam new year ni dah jadi macam satu budaya kat sini. tapi tak adalah sampai jatuh hukum wajib. dasat beno bunyinya. macam dosa besar pulak kalau tak buat.huhu.

adeh! pantas sungguh masa berlalu. setiap kali masuk tahun baru mulalah aku menghitung hari untuk menjadi tua. padahal bulan2 lepas sebok dok wish birthday member sana sini. tapi, beberapa hari je lagi aku dah jadi tua setahun daripada diorang. tak rakan sebaya dah la beb. hah! itulah kau. degil sangat. patut lahir bulan 3, kau sibuk nak keluar bulan januari. see! sejak baby lagi kedegilan aku dah terserlah.(-__-)

sekarang ni masa untuk aku tutup cerita 2010. kisah2 2010 tu kalau nk dibukukan, mahu cecah 2010 jilid. cukup segala manis, pahit, kelat, masam, masin, pedas, tawar nya kat dalam tu. cukup rasa lah orang kata. dan tahun 2011 ni aku dah berazam untuk berazam. hah! sebelum ni kau tak pernah berazam ke? err..TAK PERNAH! eh, azam dengan impian tu sama ke? (T__T)

kalau nak cerita pasal impian, memang tak larat la nak menaip.boleh jadi kontot jari jemari runcingku ini.heh. so, aku kutip la sikit impian aku untuk dijadikan azam aku untuk tahun 2011 ni.

  1. nak spray kereta. (hajatnya nak kereta baru di tahun baru, tapi tak cukup bajet plak. tukar kaler bagi nampak macam baru pun cukuplah)
  2. tambahkan berat badan at least lagi 5 kilo. ada cadangan??
  3. menjadi seorang yang berjimat cermat. (hah! yang ni paling penting! taknak boros2 lagi dah)
  4. nak naik gunung kinabalu.(^_^)
  5. nak cari calon suami.eh, perlu ke? eheh.

nah..cukup lah tu.kang banyak2 tak larat pulak. so, tolong2 la support aku supaya dapat capai semua azam aku tahun ni. kalau agak2 nak tolong penuhi azam yang ke-5 tu boleh lah hantar resume.haha..dan tolong lah.tolong jangan teragak2 ketuk kepala aku kalau nampak aku shopping berlebihan
, OKAY!




till then, have a great day.bye2.(^^,)





8 comments:

AH7 said...

nak anta resume mcmne?..ape requirement die?

fiza sarawak said...

1.haruslah bujang.xmo suami org oke.
2.kacak mengikut definisi kamus dewan=)
3.rajin
4.penyabar
5.kelakar
6.cool
7.sempoi
.
.
.
.
.
.
mak ai..byk lak requirement die.ngehngehngeh

(^_______________________________^)

AH7 said...

mcm 2 fiza boleh ah...kre kte ON jelah..amcam? kekeke

fiza sarawak said...

haha..
kang ade gak yg jeles ni kang=p

Zarina Zaimi said...

dilarang mengorat di ruangan komen.. oke?

fiza sarawak said...

oppsss...bukan mengorat la ina.bergurau je.hehe

Zarina Zaimi said...

fiza.. bile nak datang semenanjung.. kami di sini merindui GELAK tawa mu ;)

AH7 said...

huhuhu~~ alah..mengurat skali skale xpe cik angel