Tuesday, January 25, 2011

::Teruja::


fuh!fuh! mak ai.berhabuk dah belog aku ni. al-maklumlah. sejak 2 menjak 3 menjak ni aku memang teramat-amatlah sibuk.betul2 punya sibuk okeh.bukan saja2 buat2 sibuk. tapi hari ni aku tak kira! sibuk macam mana pun aku nak jugak update belog aku. persetankan kerja2 ofis yang tak pernah berkesudahan tu sebab hari ni adalah hari yang sangat2 happy bagi aku.memang happy sangat2 dan teramatlah sangat happy nya. (^_______________^)

seperti yang dinanti2kan (macam lah aku tunggu sangat kan), hari ni keputus
an penempatan posting akan diumumkan. setelah menerima 2-3 keping SMS dari kawan2 yang sememangnya cukup caring bertanyakan tentang penempatan posting aku, akhirnya pada jam 11.00 pagi waktu malaysia, aku pun buka laman web KPM dengan hati yang berdebar2 kencang. PENEMPATAN GSST. KLIK! aku taip no ic laju2. xxxxxx-52-xxxx. ENTER!

*
*
*
*
*
*
*
tadddaaaa!!

kebil2 mata. SBP?? gosok2 mata.hmm..takkan lah sebab aku bekas pelajar SBP KPM hantar aku kat SBP kot? ish. kebetulan je kot. tapi..aku dapat SBP mana ek? sepantas kilat aku menggoogle senarai SBP di negeri sarawak.

  1. SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING
  2. SEKOLAH MENENGAH SAINS MIRI
huh! ada 2 SBP je kat sarawak ni.agak2 aku akan posting dekat sekolah mana ya? malas nak berteka-teki seorang diri, aku pun pantas meng'usha' laman web kedua2 sekolah tersebut. tapi usaha aku tak berhasil sebab kedua2 sekolah ada 2 orang kaunselor. maklumat ini tidak membantu untuk aku membuat perkiraan logik aku. saat ini, hati aku mendesak untuk call unit pengurusan SBP. sekali lagi aku memerlukan bantuan encik google untuk mendapatkan no telefon unit pengurusan SBP. oh! thanks mr.google for always helping me (^_^)

sepantas kilat(hyperbola!) aku keluarkan
henpon dari handbag guess-tak-ori aku dan dail no yang aku rembat dari laman web SBP. tiba2 neuron aku dengan lebih pantas menghantarkan isyarat kepada jari jemari runcingku untuk menekan butang 'end call'. tet! eh, eh, apesal ni? aku bertanya dengan penuh hairan kepada encik2 neurons. 'guna phone ofis la. jimat kredit kau!' eheh.bijak. memang bijak! (^_~)

wanita bersuara merdu: "tahniah cik Norhafizah. awak ditempatkan di SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING."

hooorayyy!!! happy! happy! happy! (sambil menari tarian chicken dance).eheh.

lunch hour. aku tekan pedal minyak menghampiri tahap maximum. alah. kancil. laju mana la sangat kan. jeng! jeng! jeng! nak buat surprise kat mak aku la kononnya. tapi masuk2 je rumah dia yang surprise kan aku dulu bila dia cakap ada kotak pos express kat dalam bilik. aik? takkan KPM hantar surat guna kotak pos express kot. tebal sangat ke suratnya? aku belek2 kotak pos express dan baca pelan2 nama pengirimnya. senyum sorang2. dan terus terlupa dengan agenda nak meng'surpise'kan mak aku tadi.haish! tapi takpe, yang penting aku happy!

*
*
*
*
*
*
*
*
taddaaa!!


oh!terharu sangat. dah lama teringin nak baca buku ni. dah puas jugak cari kat bookstore kat sekitar kuching ni. thanks awak!(^___^)


p/s:tiba2 rasa nak nyanyi 'kalau rasa gembira tepuk tangan!' dingdong!


10 comments:

Unknown said...

best juak cita tok...dapat mlh drama king tok...tahniah...mek bkn rezeki jd cikgu kali...

fiza sarawak said...

kamek drama queen lah nak.heheh
xboh camya bah.ktk nang sesuai jd ckgu bah.belum ada rezeki gik kali.cuba agik next time.xboh give up dolok.k=)

AH7 said...

wah...tahniah2x..good luck er..nanti leh ah blanje org mkn..

nOor aNIes said...

epinye dia...heee...am epi to u too

Zarina Zaimi said...

drama queen! congrats! heeeeepppppiiiii for u... em, nak pinjam novel leh? *peace*...

p/s: 'awak' tu sape?

fiza sarawak said...

thanx uols..hehe

ina:bleh je nk pinjam.best taw buku ni.its about a man who had it all,then lost it all and found it again.sgt inspiring.(^_^)

Zarina Zaimi said...

fiza... awak tu sape?
eeeee..... geram btul....

fiza sarawak said...

owh..br ingt nk ngelat jwb soalan 2.huhu
ok2.awak tu adalah.......tettt!!(u know him very well)=p

raazak.mohd said...

aku dah bace buku ni..best.pinjam kat juwe...errrr adakah?hahahahahahah

fiza sarawak said...

owh..ajak.SHADAP U!!

p/s:best kn buku ni??=p