Saturday, April 30, 2011

Bicara Hati





Di saat sang hati membisu
Langkahku menjadi kaku
fikranku buntu

adakah dirimu yang ku mahu
atau si dia yang setia menunggu
antara peluang kedua untukmu
atau ruang untuk si dia bertamu

wahai hatiku
aku rayu padamu
bisikkanlah suaramu padaku
agar aku bisa tahu
apa yang sebenarnya ku mahu










p/s:aku bukan diriku

Tuesday, April 26, 2011

cikgu oh cikgu!

Hari ni aku dapat amaran keras.

“Apa2 program kaunseling yang awak buat pastikan ia tak lari daripada matlamat kita untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi. Program2 tersebut haruslah ke arah membentuk personaliti unggul sepertimana yang digariskan dalam annex yang pertama Sekolah Berprestasi Tinggi”

Aku senyap 6 harakat.

“Maaflah. Apa2 pun program yang saya buat matlamat saya adalah untuk membentuk pelajar2 yang mempunyai sahsiah yang unggul supaya pelajar2 kita unggul di dunia dan akhirat”



Apa yang kau nak kejar2 sangat SBT tu woi? Ko jadi cikgu sebab nak cemerlangkan pelajar ke cemerlangkan sekolah? Bila sekolah gila kuasa, gila nama, pelajar2 dan cikgu2 marhain macam aku ni yang jadi mangsa. Masuk kelas pukul 6.30 pagi sampai 5.00 petang. Bagi kerja rumah yang bertimbun-timbun untuk disiapkan dalam masa 1,2 hari. Ini ke erti kehidupan yang kau nak ajar kepada anak2 murid kau? kau bukan buat budak2 tu jadi lebih pandai, tapi jadi manusia bangang.Kau tekan semua pelajar2 supaya dapat straight A dalam semua peperiksaan dunia tu. Apa penting sangat ke semua A tu? Mana pergi keseimbangan intelek, rohani, emosi dan jasmani mereka? Emosi budak2 tu pernah kau ambil kira? Rohani diorang pulak ada kau kisah? Setiap tahun pencapaian PMR dan SPM meningkat. Adakah pelajar2 kita sekarang ni semakin cerdik? Tetapi kenapa gejala sosial dan masalah disiplin semakin meningkat di kalangan pelajar2 cerdik pandai ni? Kenapa kau salahkan kaunselor bila ada kes buli dan kes khalwat di asrama? Kenapa kau persoalkan tentang sikap pelajar2 yang semakin biadab? Bukankah ini pelajar2 bijak yang kau bentuk berdasarkan program personaliti unggul yang kau buat?



"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."



Kau hadam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ni cukup2 dan kau ingat sampai mati. pelajar yang cemerlang akan menjamin prestasi sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. tapi sekolah yang cemerlang belum tentu boleh menjamin pelajar-pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.













p/s: aku kerja bukan untuk kau atau untuk sekolah. bukan kau yang bayar gaji aku! kerja aku adalah untuk bantu pelajar2 aku.kau tak suka? kau punya pasal lah!

Monday, April 25, 2011

Aku sayang dia

::Leen::

Ini bekas roommate aku. Dia adalah orang yang pertama aku kenal masa aku mula2 melangkah masuk ke UPM. Dia tua setahun dari aku. Tapi aku tak tergamak nak panggil dia kakak sebab dia terlampau comel. Memang comel. Dia seorang yang sangat friendly. Tiap2 hari ada je benda yang dia nak cerita. Walaupun dah mengantuk tahap dewa dewi, tapi mata aku tetap sudi berkompromi untuk melayan cerita2 dia sebab dia memang pandai bercerita. Dia ni jenis yang tak suka ambil tahu hal orang. Agak susah untuk tengok dia bersedih. Dalam apa keadaan sekalipun, dia akan tetap chill!!. Lagi satu kelebihan dia, pandai menari. Sejak dia bergiat aktif dengan aktiviti2 kebudayaan kolej, kitorang dah jarang bersembang. Dia jarang ada kat bilik. Bila dia balik, aku mesti dah tidur. Bila aku nak keluar bilik, dia pulak masih tidur. Bila aku balik bilik, dia mesti dah tak ada. Walaupun kitorang tak banyak masa dan kenangan bersama, tapi aku tak pernah rasa jauh dengan dia. Dan aku bangga dapat roomate macam dia. Aku sayang dia.

::Caah::

Ini jiran aku masa dekat blok mahsuri dulu. Disebabkan kekurangan kasih sayang dari roommate aku yang selalu sibuk dengan tarian dia, caah lah yang selalu menjadi mangsa aku.bilik dia dah macam bilik kedua aku. So, kalau aku tak ada kat bilik, diorang tahu nak cari aku kat mana. Caah ni anak jati perak. Orang kuala. Hah! Kalau dia dah bercakap loghat perak memang kalah usop wheelcha. Dia seorang yang happy-go-lucky. Kalau duduk dengan dia memang tak kering gusi. Tiap kali lepak kat bilik dia memang tak sah kalau tak kena sound ngan akak2 senior kat floor kitorang. Sekali dengan pakej kene shhh!! Dengan budak2 laki kat blok sebelah.hah! dahsyat tak kitorang aku gelak? Even kitorang sebaya, tapi caah ni jauh lebih matang dari aku. Stlye dia memang macam mak2. Sangat loving. Dialah yang akan pinjamkan aku bahu dan akan nangis sama2 bila aku sedih. Sweetkan dia? Patutlah zack sayang sangat kat dia. Aku pun sayang dia.

::Zarina::

Dia coursemate aku. Aku tak tau macam mana aku boleh rapat dengan dia. Yang aku tau kitorang terlampau banyak perbezaan. Dia jugak seorang yang banyak soal dalam kelas especially dalam kelas Dr. Halimaton. Boleh dikatakan setap hari dia angkat tangan untuk tanya soalan. Aku? Macam biasalah. Tetap cool walaupun tak berapa nak faham. Dia tinggi. macam supermodel. Sebab tu aku tak berapa suka nak berkawan dengan dia. Dia buat aku rasa pendek yang amat bila berjalan dengan dia. Boleh tak? Ok.kejelesan aku terserlah disitu ya.Tapi sebenarnya aku cukup respect dengan dia. Dia seorang yang tabah. Aku suka dengar kisah2 kehidupan dia. Setiap kali dengar kisah hidup dia buat aku rasa macam tengah menonton cerekarama TV3. Gaya dia bercerita memang bersahaja. Tapi tetap mampu menitiskan air mata manusia se’cool’ aku. hakikatnya kisah hidup dia bukanlah drama yang direka cipta. Yang aku tau, dia memang seorang yang pantang mengalah. Itulah yang buat aku cukup kagum dengan dia. Dia jugak seorang kawan yang sangat sweet and caring. Aku sayang dia.

::Kak Anis::

Dia kakak aku. Kami berlainan mak dan berlainan ayah. walaupun kitorang kawan baik, tapi aku respect dia lebih sebagai seorang kakak. Disebabkan dialah aku pandai makan budu dan fasih cakap Kelantan. Dia ni sangat penakut. Pergi toilet nak kena teman. Tidur pun nak kena teman jugak. tapi bekengnya yarabbi!! Tak padan ngan kecik. Memang silap la kalau korang cari pasal ngan dia. Dia selalu jadi cermin diri aku. Orang yang selalu membebel kat aku time aku nakal2 dolu2. Orang yang tak akan teragak2 sekeh kepala aku kalau aku buat kerja2 bangang.orang yang bersusah payah jaga aku kalau aku sakit demam. Orang yang aku memang tak boleh nak tipu. Kepala otak aku ni memang cukup transparent di mata dia. Dia jugaklah orang yang 1st sekali aku akan cari bila aku ada masalah. Sampai nak couple pun aku mintak izin dari dia dulu.haha.yang paling tak tahan dia ni kuat shopping. Kalau pergi shopping dengan dia confirm lenguh sendi2 dan otot2 kaki. Yang paling best, dia tak kedekut dan tak pernah berkira. Aku sayang dia.

::Yana::

Dia kawan baik aku. Masa mula2 kenal dengan dia, aku tak rasa aku boleh ngam dengan dia. Personaliti kitorang sangat berbeza. Biasalah kan, budak pakai spec. What do you expect?.haha.sori mek! Itu dulu ok. Aku ingat hang skema. Tapi tak pun. Skema sikit je. Hehe. Yang aku ingat, pagi2 sebelum kitorang pergi kelas mesti dia akan stop depan cermin kat tepi tangga. “tudung aku ok tak?” dan kalau korang nak tahu, dia akan sangat gelabah kalau tudung dia tak berapa nak menjadi.otomatik akan spoil mood dia nak pergi kelas. Dia akan pastikan tudung dia betul2 kemas dan cantik baru dia confident nak keluar dari blok. Dahsyat tak? Eh, silap. Comel tak? Hehe. Walaupun dia seorang yang caloric, tapi aku tetap seronok kawan ngan dia. Oh ya,caloric adalah istilah psikologi bagi mereka yang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi atau dalam bahasa mudah dia, gelabah atau kalut. Kadang2 memang terhibur tengok gelagat kalut dia. Yang seronoknya ada kawan macam ni, assignment kitorang mesti siap on time and perfect!. Bila aku malas2 nak study, mesti dia marah. Kira dia ni macam mak2 lah jugak. Yang uniknya dia ni tak pernah masuk panggung wayang dan karaoke box. Kalau kitorang pergi tengok wayang and karok, dia sanggup tunggu kat luar. Tapi itu dulu la. Sekarang ni dia dah cool macam aku dah.hehe. Dialah kawan susah dan senang aku. Aku sayang dia.

::Kak Dyhar::

ok.yang ni pun kakak aku yang paling best! sebab apa dia best? sebab dia tak pernah nak marah aku. siap join lagi benda2 mengarut yang aku buat. contohnya? mengusha jantan2 hot kat kolej.ish.gatal! takde lah. dialah kakak aku yang paling sporting. nak pergi shopping? jom! nak karok? jom! nak pergi jalan2 cari pasal makan? jom! you just name it. confirm dia layan. best tak best tak? ok. yang aku ingat, aku mula rapat ngan dia pasal sorang mamat sabah ni.ehem2! i tak mention okay.kitorang ada taste yang sama iaitu suka usha mat2 gitar yang stylo.kehkeh. sampai lah 1 hari tu dia sanggup pergi ke pasar seni semata2 nak beli gitar. lepas tu keraplah i bertandang ke bilik dia.kononnya nak practise sampai bley jadi macam avril. tapi sampai sekarang main lagu happy birthday pun tak lepas2. haish! yang paling best, dia memang faham jiwa i.ececece. betul wa cakap sama lu. aku sayang dia lah!

::Ieda::

Yang ni adik aku. Aku tak pernah kenal dengan dia sampailah kitorang ditakdirkan jadi roommate. 2 tahun tu kitorang jadi rakan sebilik.eh, lucu la pulak bila guna istilah rakan sebilik ni. Dia ni MTM masa kat kolej dulu. Sebagai MTM, mereka diberi mandat untuk memilih sesiapa sahaja yang berkenan dihati untuk menjadi roommate mereka. Tapi yang sejenis jela. Kalau request yang berlainan jantina kang lain pulak jadinya. Berebut2 lah rakyat jelata nak jadi MTM kolej. Dan bercambahlah warga kolej canselor. Ye dak? Yang seronoknya jadi roommate dia sebab dia ni jenis yang tak berkira. Kiranya dia ni spesis yang rare jugaklah sebab suka pinjamkan barang2 dia dekat orang lain. Kalau dengan kawan2 lagilah dia tak berkira. Nak pinjam berus gigi? Nah.ambiklah! Walaupun orangnya kecik, tapi jiwanya besar. Dia ada impian yang besar. Dan aku tau dia akan berusaha sampai dia dapat apa yang dia nak. Kau letak lah batu ke, rimau ke, buaya ke depan dia, ada dia kesah? Confirm dia redah jugak. Kental tak? Tapi bukan semua orang boleh faham dia. Dialah orang yang akan pinjamkan korang selimut dan bantal dia supaya korang boleh tidur dengan nyenyak. Aku sayang dia.

::Juwe::

Err...pasal dia ni lain kali la aku cerita. Heheh.








*pesal tetiba aku nak tacing2 ni? lempang nak?.ok2.aku blah.daaaa~

Tuesday, April 19, 2011

::Buat kamu::


Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu


aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski telah lama kita tak bertemu
ku selalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…







~kamu tahu siapa kamu.ya.KAMU!!