Sunday, October 31, 2010

10 PESANAN IMAM SHAFIE

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yg ada.

2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dizalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9. Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

tragedi di petang sabtu

petang tadi aku pergi ke rumah makcik aku di kuching untuk membantunya membuat persiapan majlis perkahwinan sepupuku yang akan berlangsung esok. nak di jadikan cerita,masa aku tengah berhenti dekat bulatan Tun Ahmad Zaidi(kalau nak tahu,kat sarawak memang banyak sangat roundabout) tiba2 berdentum kereta aku kena langgar dari belakang. habislah kereta aku!! aku pun pandang cermin tengah. kereta savvy warna hijau. aku nampak pemandunya (lelaki) sedang menepuk dahi. no pendaftaran dia aku tak nampak. aku pun terus tekan minyak dan bagi signal ke kiri dengan harapan savvy hijau tu akan follow aku. dalam kepala otak aku dah terbayang dah bontot kereta aku yang remuk. siap la mamat savvy hijau ni!!
aku berhenti di tepi jalan dan savvy hijau turut berhenti.
"hey!buta ke?apsal awak langgar kereta saya?" aku dah buat skrip nak marah mamat savvy hijau tu. tapi bila aku keluar dari kereta, aku agak terperanjat bila tengok kereta aku tak kemek pun. cuma calar sedikit. mamat savvy hijau tu pula tak berhenti2 minta maaf kat aku. sebelah lampu keretanya pecah dan kemek sedikit.
"sorry awak. saya tak sengaja. saya ingat awak nak terus pecut kat bulatan tadi."
kesian betul aku tengok muka mamat ni. muka dia nampak bersalah sangat. kereta dia pon rosak teruk. mahal juga kalau nak repair semua ni.
"hmm..tak apa la wak. kira settle je la"
bila sampai di rumah, aku ceritakan peristiwa tadi dekat family aku. sedihnya bila semua orang marah aku sebab tak minta ganti rugi kat budak tu. takkanlah calar sikit tu pun aku nak minta ganti rugi? walaupun betul dia salah, tapi aku tahu dia tak sengaja. malang kan tak berbau. kalaulah kita dapat bau ada kemalangan nak berlaku mesti kita akan cuba sedaya upaya untuk mengelaknya daripada berlaku. tapi malangnya, malang memang tidak berbau. tak salah kalau aku cuba berada dalam kasut dia kan? dan mamat savvy hijau itu kacak orangnya(^_^)

Saturday, October 23, 2010

andai kau tahu

Ketika Nabi Muhammad SAW sedang duduk bersama para sahabat, diantaranya saidina Umar, Uthman, Ali, Abu Bakar dan yang lain2nya, lalu kemudian baginda bertanya kepada para sahabat.

“wahai sahabatku, tahukah kalian siapakah hamba Allah yang mulia di sisi Nya?”

Para sahabat terdiam. Lalu kemudian salah seorang daripada mereka bersuara.

“para malaikat ya Rasulullah.merekalah yang mulia”

Baginda berkata, “ya. Para malaikat itu mulia kerana mereka dekat dengan Allah. Mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada Allah. Sudah tentu malaikat itu mulia, tapi bukan mereka yang aku maksudkan”

Lalu kemudian para sahabat kembali terdiam. Tiba2 seorang sahabat pula berkata “tentulah para Nabi yang mulia di sisi Nya ya Rasulullah”

Nabi Muhammad tersenyum dan berkata, “ya, para Nabi itu mulia.mereka adalah utusan dari Allah. Sudah tentu mereka mulia. Tapi ada lagi yang mulia selain mereka”

Para sahabat terdiam lagi lalu bertanya “siapa lagi yang mulia ya Rasulullah? Apakah kami para sahabatmu yang mulia itu ya Rasulullah?”

Baginda memandang wajah sahabat satu persatu dengan penuh kasih sayang. Lalu Baginda berkata “tentulah kalian mulia. Kalian dekat denganku malah kalian banyak mebantu perjuanganku. Bagaimana mungkin kalian tidak mulia. Tapi ada lagi yang lain yang mulia selain kalian”

Para sahabat terdiam semuanya. Mereka tak mampu berkata apa2 lagi.

Lalu tiba2 Nabi Muhammad SAW menundukkan wajahnya dan menangis di depan para sahabat. Penuh sayu para sahabat pun bertanya “kenapa kau menangis ya Rasulullah?”

Baginda mengangkat wajahnya. Kelihatan air mata berlinangan membasahi pipi dan janggut Baginda.

“wahai sahabatku, tahukah kalian siapakah yang mulia itu? Mereka adalah manusia2 yang akan lahir lama selepas kewafatanku nanti. Mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian mereka tidak pernah memandangku. Mereka tidak pernah melihat wajahku. mereka hidup tidak dekat denganku sebagaimana kalian.Tapi mereka begitu rindu kepadaku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semua, aku pun rindu kepada mereka. Dan mereka, mereka yang mulia itu adalah UMATKU.”

Saturday, October 16, 2010