Wednesday, November 25, 2009

.:HATI SEEKOR TIKUS:.

al-kisah~
ada seekor tikus yang selalu tertekan kerana takut kepada seekor kucing. seorang ahli sihir merasa kasihan kepadanya lalu mengubah si tikus menjadi seekor kucing. tetapi kemudian ia berasa tidak tenteram kerana takut pada si anjing. maka ahli sihir mengubahnya menjadi seekor anjing. tetapi ia mulai takut kepada sang harimau. maka ahli sihir menukarnya pula kepada seekor harimau. kini ia hidup dalam ketakutan terhadap si pemburu. akhirnya, ahli sihir pun putus asa untuk membantu si tikus untuk hidup aman. ahli sihir berkata kepada si tikus, 'apapun yang saya lakukan tidak akan membantumu kerana engkau tetap memiliki hati seekor tikus!'

pesan gadis kenyalang:
jika kita benar2 ingin berubah dan ingin berjaya, lakukanlah dengan sepenuh hati(^_^)

Tuesday, November 10, 2009

.:CERITA SI GADIS KENYALANG:.

liyana ixora : ko nk letak nama apa blog ko ni mek?
fiza sarawak : emm..GADIS KENYALANG!!
liyana ixora : kahkahkah..klakar la mek.
fiza sarawak : biarlah. janji aku suka. aku tak kira. aku nak letak GADIS KENYALANG jugak!
aku bangga jadi orang sarawak!!
liyana ixora : nanti kalau ko dah kahwin, takkan ko nak guna nama gadis sarawak lagi.
fiza sarawak : tak apa.lambat lagi kot. nanti kalau aku dah kahwin pun, aku tukar la, wanita
kenyalang plak. kalau akau dah beranak, aku tukar ibu kenyalang plak!
liyana ixora : suka hati ko laa mek!
fiza sarawak : hehe.

apa2 pun yana, thanks sebab tolong aku buat blog ni.(^_^)