Wednesday, November 25, 2009

.:HATI SEEKOR TIKUS:.

al-kisah~
ada seekor tikus yang selalu tertekan kerana takut kepada seekor kucing. seorang ahli sihir merasa kasihan kepadanya lalu mengubah si tikus menjadi seekor kucing. tetapi kemudian ia berasa tidak tenteram kerana takut pada si anjing. maka ahli sihir mengubahnya menjadi seekor anjing. tetapi ia mulai takut kepada sang harimau. maka ahli sihir menukarnya pula kepada seekor harimau. kini ia hidup dalam ketakutan terhadap si pemburu. akhirnya, ahli sihir pun putus asa untuk membantu si tikus untuk hidup aman. ahli sihir berkata kepada si tikus, 'apapun yang saya lakukan tidak akan membantumu kerana engkau tetap memiliki hati seekor tikus!'

pesan gadis kenyalang:
jika kita benar2 ingin berubah dan ingin berjaya, lakukanlah dengan sepenuh hati(^_^)

2 comments:

Qisha said...

cerita yang menarik..akak lahir tahun tikus dan nampaknya memiliki hati seekor tikus gak..;)

lyanaixora said...

best,,btw,,we r wut we r..