Tuesday, September 6, 2011

hey STALKER!!




pernah tak kena "stalk"?
aku? haa..ni la yang aku dok pikior ni.
sekarang ni kat 'pestbook' ramai yang dok bising2 kononnya ada orang dok 'stalk' dia.
takut mak nok! gila kau tak takut kalau ada orang dok stalk engkau.
yela..setiap gerak geri kita diperhatikan.maw tak takut?

tapi yang buat aku sedikit konpius, macam mana nak tahu yang kita kena stalk?
lu orang tahu tak maksud 'stalker' ni sebenarnya?
gua bukan apa la beb.
cuma nak meluahkan rasa peliks yang gua alami dekat 'pestbooker2' yang suka buat post macam

--->hey! u stalk fb i eaa?
--->i hate u stalkers!
--->sila jgn stalk fb saya!

eh2..macam mana orang boleh stalk fb kita?
bukankah yang dalam friendlist kt 'pestbook' tu semua kawan2 kita?
dah tu, kalau kawan2 dok usha2 wall kita, tengok gambar2 kita, nak tahu perkembangan kita
takkan kita cakap diorang tengah stalk kita?

stalker ni istilah yang berat sebenarnya. boleh repot polis waa cakap luu.
haa..betul la.kalau lu rasa ada orang stalk lu and lu rasa terancam lu boleh cepat2 pergi kat balai polis yang berdekatan dan buat laporan. dan biasanya yang ada stalker ni mestilah orang2 yang pemes lagi hot macam cik2 dan abang2 artis dan para jutawan.

dah tu hang yang cuma ada akaun pestbook dengan friends yang riban2 yang lu sendiri pun tak kenal dan mungkin baru nak berkenal-kenalan tu pun ada stalker jugak ape kes?

haaa..kes nya adalah PERASAN! yelah. dia main add je orang orang dalam pestbook ikut suka hempedu dia.rasa macam duit riban2 masuk dalam akaun bank je gamaknya. pastu update semua benda dekat pestbook tu.apa dia pakai,apa dia makan, apa dia buat, berapa kali dia ehek2, semua nak bagitaw.pastu letak gambar2 yang dia rasa paling hot.and then, bila ada orang tengok, orang baca, mula lah bising2 ada orang dok stalk dia.

--->eh,macam mana ko taw aku dah bercerai?ko stalk fb aku ke?

lempang nak?padahal dia sendiri yang dok buat status "separated' 2 minit lepas.

--->boleh tak jangan suka sangat jaga tepi kain orang?aku nak break off pon aku punya pasal lah!

padahal dia sendiri yang sebok dok canang kat warga pestbook yang dia putus cinta dengan penuh emosi mintak simpati sekali ngan tapak kaki kat pipi belah kiri. kalau tak nak orang 'stalk' lu, tak payah la nak reveal semua benda dekat pestbook tu.buat laa private akaun tu kan senang. takyah nak sakit2 hati orang dok jaga tepi kain hang.tak pun tutup je terus akaun pestbook tu, go and live your life. takyah la nak propa2 sangat. buat orang lain menyampah je.

ok lah.nak ada stalker ke tak, tu korang punya pilihan, korang punya pasal!



p/s:takut sangat orang dok stalk dia.padahal yang kiri kanan, 24 jam dok stalk plus catat semua benda yang kita buat tu tak takot plak.