Sunday, October 31, 2010

10 PESANAN IMAM SHAFIE

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yg ada.

2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dizalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9. Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

tragedi di petang sabtu

petang tadi aku pergi ke rumah makcik aku di kuching untuk membantunya membuat persiapan majlis perkahwinan sepupuku yang akan berlangsung esok. nak di jadikan cerita,masa aku tengah berhenti dekat bulatan Tun Ahmad Zaidi(kalau nak tahu,kat sarawak memang banyak sangat roundabout) tiba2 berdentum kereta aku kena langgar dari belakang. habislah kereta aku!! aku pun pandang cermin tengah. kereta savvy warna hijau. aku nampak pemandunya (lelaki) sedang menepuk dahi. no pendaftaran dia aku tak nampak. aku pun terus tekan minyak dan bagi signal ke kiri dengan harapan savvy hijau tu akan follow aku. dalam kepala otak aku dah terbayang dah bontot kereta aku yang remuk. siap la mamat savvy hijau ni!!
aku berhenti di tepi jalan dan savvy hijau turut berhenti.
"hey!buta ke?apsal awak langgar kereta saya?" aku dah buat skrip nak marah mamat savvy hijau tu. tapi bila aku keluar dari kereta, aku agak terperanjat bila tengok kereta aku tak kemek pun. cuma calar sedikit. mamat savvy hijau tu pula tak berhenti2 minta maaf kat aku. sebelah lampu keretanya pecah dan kemek sedikit.
"sorry awak. saya tak sengaja. saya ingat awak nak terus pecut kat bulatan tadi."
kesian betul aku tengok muka mamat ni. muka dia nampak bersalah sangat. kereta dia pon rosak teruk. mahal juga kalau nak repair semua ni.
"hmm..tak apa la wak. kira settle je la"
bila sampai di rumah, aku ceritakan peristiwa tadi dekat family aku. sedihnya bila semua orang marah aku sebab tak minta ganti rugi kat budak tu. takkanlah calar sikit tu pun aku nak minta ganti rugi? walaupun betul dia salah, tapi aku tahu dia tak sengaja. malang kan tak berbau. kalaulah kita dapat bau ada kemalangan nak berlaku mesti kita akan cuba sedaya upaya untuk mengelaknya daripada berlaku. tapi malangnya, malang memang tidak berbau. tak salah kalau aku cuba berada dalam kasut dia kan? dan mamat savvy hijau itu kacak orangnya(^_^)

Saturday, October 23, 2010

andai kau tahu

Ketika Nabi Muhammad SAW sedang duduk bersama para sahabat, diantaranya saidina Umar, Uthman, Ali, Abu Bakar dan yang lain2nya, lalu kemudian baginda bertanya kepada para sahabat.

“wahai sahabatku, tahukah kalian siapakah hamba Allah yang mulia di sisi Nya?”

Para sahabat terdiam. Lalu kemudian salah seorang daripada mereka bersuara.

“para malaikat ya Rasulullah.merekalah yang mulia”

Baginda berkata, “ya. Para malaikat itu mulia kerana mereka dekat dengan Allah. Mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada Allah. Sudah tentu malaikat itu mulia, tapi bukan mereka yang aku maksudkan”

Lalu kemudian para sahabat kembali terdiam. Tiba2 seorang sahabat pula berkata “tentulah para Nabi yang mulia di sisi Nya ya Rasulullah”

Nabi Muhammad tersenyum dan berkata, “ya, para Nabi itu mulia.mereka adalah utusan dari Allah. Sudah tentu mereka mulia. Tapi ada lagi yang mulia selain mereka”

Para sahabat terdiam lagi lalu bertanya “siapa lagi yang mulia ya Rasulullah? Apakah kami para sahabatmu yang mulia itu ya Rasulullah?”

Baginda memandang wajah sahabat satu persatu dengan penuh kasih sayang. Lalu Baginda berkata “tentulah kalian mulia. Kalian dekat denganku malah kalian banyak mebantu perjuanganku. Bagaimana mungkin kalian tidak mulia. Tapi ada lagi yang lain yang mulia selain kalian”

Para sahabat terdiam semuanya. Mereka tak mampu berkata apa2 lagi.

Lalu tiba2 Nabi Muhammad SAW menundukkan wajahnya dan menangis di depan para sahabat. Penuh sayu para sahabat pun bertanya “kenapa kau menangis ya Rasulullah?”

Baginda mengangkat wajahnya. Kelihatan air mata berlinangan membasahi pipi dan janggut Baginda.

“wahai sahabatku, tahukah kalian siapakah yang mulia itu? Mereka adalah manusia2 yang akan lahir lama selepas kewafatanku nanti. Mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian mereka tidak pernah memandangku. Mereka tidak pernah melihat wajahku. mereka hidup tidak dekat denganku sebagaimana kalian.Tapi mereka begitu rindu kepadaku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semua, aku pun rindu kepada mereka. Dan mereka, mereka yang mulia itu adalah UMATKU.”

Saturday, October 16, 2010

Sunday, September 19, 2010

LIBERALISME & SEKULARISME

mindaku ligat mencerna segala apa yang baruku baca. akal logik mula bertindak agar segala fakta dapat dihadam dengan baik. LIBERALISME. ini bukan kali pertama aku mendengar tentangnya. ia merupakan satu fahaman yang diagung-agungkan oleh orang barat yang terlalau sibuk memperjuangkan kebebasan hidup sebagai seorang individu. siapa yang menjajah mereka sehingga mereka begitu taksub memperjuangkan liberalisme ini?setahu aku mereka tidak pernah dijajah.bahkan merekalah bangsa penjajah.terus, kebebasan apa lagi yang mereka mahukan? ya. mereka mahukan kebebasan hidup yang tiada batasan. bebas untuk menikmati kehidupan.puas untuk melakukan apa sahaja dalam kehidupan mereka. a world without rules and without any restriction. itu yang mereka mahu agar mereka dapat hidup bebas mengikut kehendak hati(mungkin lebih sesuai jika aku katakan mengikut kehendak nafsu) dan logik akal semata-mata.
apa bezanya pula dengan SEKULARISME? aku juga pernah mendengar istilah ini sejak di bangku sekolah lagi. aku masih ingat segala fakta yang diterangkan oleh guru sejarahku tentang sistem pendidikan sekular yang telah diperkenalkan oleh barat ketika mereka datang menjajah tanah melayu. penjajah Inggeris telah pun berjaya melahirkan segolongan pemimpin di kalangan Melayu Islam sendiri yang telah disekularkan dengan sistem pendidikan. Golongan ini kemudiannya dilantik menjadi pentadbir, perancang negara dan pemimpin yang menjadi agen kepada kesinambungan dasar penjajah itu sendiri. mereka telah berjaya memesongkan akidah dan perjuangan masyarakat Islam di Tanah Melayu dengan menanamkan fahaman sekular itu ke dalam tubuh masyarakat Melayu sehingga orang-orang Melayu yang beragama Islam itu turut memuja fahaman kebendaan dan sesuatu yang berlandaskan hawa nafsu.
Stamford Raffles. beliaulah pegawai Inggeris yang bertanggung jawab mengemukakan sistem pendidikan sekular ini. Beliau berhasrat untuk melahirkan bangsa-bangsa yang bijaksana dan terpelajar selaku orang suruhan yang jujur kepada sistem pentadbiran penjajah. Dia juga menyarankan supaya pendidikan untuk anak-anak Melayu mestilah menggunakan tulisan rumi dalam usaha mengurangkan pengaruh Islam di kalangan orang-orang Melayu. Itu cerita sejarah. Hakikat sebenarnya, sekularisme adalah satu fahaman yang cuba memisahkan kehidupan dengan agama.mereka memandang sinis peranan agama dalam kehidupan dan menganggap kehidupan dan agama itu adalah dua entiti yang berbeza dan perlu dipisahkan. secara ringkasnya, mereka yang percaya pada fahaman ini adalah mereka yang memilih jasad tapi mengetepikan nyawa atau pun mereka yang memilih nyawa tapi mengetepikan jasad.apa pun yang mereka pilih,mereka tetap tidak 'hidup' ataupun mempunyai 'kehidupan' kerana kehidupan seseorang itu akan berakhir apabila nyawa telah terpisah dari jasad.

kesimpulannya, i'm against liberalisme and secularisme!! anda bagaimana?

Saturday, September 18, 2010

LA TAHZAN

sedih.aku yakin semua orang pernah merasa sedih dan kecewa.sebagai manusia biasa, aku juga tidak lepas daripadanya. ada orang sedih kerana kecewa. ada juga orang yang sedih apabila ditimpa masalah dan sedih kerana kehilangan. setiap orang punya alasan yang tersendiri untuk bersedih.tapi aku yakin, dalam hidup ini kita masih punya banyak pilihan. rasa sedih dan kecewa tidak boleh membawa kita kepada kehancuran. kehidupan ini telalu bermakna bagi aku untuk disia-siakan hanya dengan bersedih. manusia bersedih kerana manusia lupa pada hakikat. hakikat bahawa hidup ini hanyalah sementara. hakikat bahawa segala apa yang kita miliki hari ini hanyalah pinjaman semata-mata. sebagai peminjam, bukankah sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memulangkannya apabila dikehendaki oleh tuannya? yang hilang tidak bermakna binasa. yang pergi tidak bermakna kita hilang segalanya. kalau nak dibandingkan banyak mana yang Dia telah berikan kepada kita dengan banyak mana yang Dia telah ambil, pasti kita akan merasa malu untuk bersedih. Allah hanya mengambil balik sedikit sahaja daripada apa yang telah dipinjamkan olehNYA kepada kita. dan kalau kita redha mengembalikannya, tidak mustahil Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. tapi, kalau anda masih merasa sedih juga, cubalah amalkan doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.

"ya Allah, aku berlindung kepadaMU daripada sifat sedih dan dukacita.
aku berlindung kepadaMu ya Allah dari sifat lemah dan malas.
dan aku berlindung kepadaMu ya Allah dari sifat penakut dan kedekut.
dan aku berlindung kepadaMu ya Allah daripada beban hutang dan tekanan perasaan."


p/s:ketahuilah, hidup kita, mati kita dan segala yang kita miliki, adalah milik ALLAH.



Wednesday, September 15, 2010

aku tahu kau tahu

aku tahu kau pun tahu
apa yang aku tahu kau juga tahu
kita sama-sama tahu
hanya kita yang tahu
apa yang kita tahu

maafkan aku kerna membisu
bukan niatku untuk menipu
tapi aku tahu
kau sememangnya tahu
bahwa hatiku hanya untukmu