sudah agak lama kiranya aku tidak menulis. setelah kembali ke bumi kenyalang ini, fikiranku seakan-akan buntu. aku merasa begitu asing sekali di sini. walhal, di sinilah tanah tempat tumpah darahku. duniaku terasa sepi seketika. setelah hampir sepuluh tahun aku merantau ke negeri orang, rumah ini umpama tempat persinggahan bagiku. mugnkinkah penggembaraanku akan berakhir di sini?
aku cuba membina kehidupan baruku di sini, cuba untuk mengenali tanah airku sendiri dan cuba untuk mencari kenalan-kenalan baru yang boleh dijadikan teman di kala suka dan duka.
Wednesday, June 2, 2010
Monday, May 10, 2010
Kasih Ibu..
"emak tak pernah faham saya. semua yang saya buat tak betul. mak je yang betul. nak keluar dengan kawan-kawan pun tak boleh. bukannya saya buat benda yang tak elok. saya nak hidup bebas macam remaja yang lain!"
remaja. memang suka berkata-kata mengikut hati dan perasaan, tanpa pertimbangan akal. tuduhan yang sungguh tidak masuk akal! masakan seorang ibu tidak memahami hati anak yang dikandungkan olehnya selama 9 bulan? malah, disebabkan terlalu memahami anaknya lah seorang ibu terpaksa mengawal kebebasan anaknya.
"Pernahkah awak faham emak awak? pernahkah awak fahami erti kasih sayang seorang ibu? pernahkah awak cuba faham segala susah payah yang dia lalui demi untuk mengandungkan awak, melahirkan awak, membesarkan awak dan menjaga keselamatan awak? cuba awak letakkan diri awak pada situasi emak awak. penat-penat awak mengandung, bertarung nyawa untuk melahirkan, bersusah payah membesarkannya, sanggup awak tengok masa depan anak awak hancur? kalau sanggup, awak biarlah anak awak hidup bebas. penuhi segala desakan jiwa remajanya. biar dia cari keseronokan hidup yang dia cari kalau itulah bukti kasih sayang sebenar seorang ibu bagi awak."
untuk difahami kita perlu memahami.

mak..selamat hari ibu.(^_^)

Thursday, May 6, 2010
L.E.M.B.U!!

Aku melangkah tenang ke dalam kelas. segala persiapan telah ku lakukan untuk menyambut kedatangan pensyarah yang akan menyelia pengajaranku pada pagi ini.
powerpoint?..dah siap!
video?..hmm..mungkin ini yang terbaik!
marker pen?...whiteboard..bukan permanent!..ada!
usai para pelajar memberikan salam, aku meminta pelajar-pelajarku untuk duduk.
set induksi!
"ok, sebelum kita mula belajar, cikgu nak tunjukkan satu video. cikgu nak kamu semua tumpukan perhatian pada video tersebut"
kelas gamat seketika. kanak-kanak riang di depanku ini bergelak ketawa menyaksikan video iklan hari raya janda beranak tujuh yang ditayangkan.
"ok, apa yang anda lihat daripada video tadi?"
"syurga di bawah tapak kaki ibu, cikgu!"
"bagus. ok, ingat tak apa yang dipesan oleh ibu tadi kepada anak-anaknya?'
"beli daging, hati, paru, limpa...."
"kenapa ibu tadi pengsan?"
"sebab anak-anak dia bawa balik lembu cikgu!"
"kenapa anak-anak dia bawa balik lembu?"
"sebab lembu ada daging, limpa, hati, paru..semua lah cikgu!"
aku tersenyum.
"Daripada seekor lembu tadi dapat mengeluarkan daging, hati, paru, limpa, susu...semua yang diminta oleh ibu mereka. so, hari ini kita akan belajar tentang...."
belum sempat aku menghabiskan ayatku, riuh satu kelas menjawab.."LEMBU!!!"
aku memandang ke arah pensyarahku yang sama-sama turut tertawa di belakang kelas.
"inilah pelajar-pelajar saya yang sentiasa membuatkan hati saya terhibur..."

True Love..
love is just like playing hide and seek
but no matter where it hides
or even if u can't see it
it must be waiting for you at some place
amid the countless chaos
just like the sincere prayers of love
the people in love will surely meet again...

in memories...
Friday, April 30, 2010
Disebalik senyuman itu..
cukup terhibur hati ini melihat dia bergelak ketawa. indahnya kehidupan ini andai dipenuhi dengan tawa ria. rupa-rupanya, senyuman yang tidak pernah lekang di bibirnya itu menyimpan seribu duka yang sebenarnya sudah tidak tertanggung lagi olehnya.
"mungkin hanya kematian yang akan memisahkan saya dengan kedukaan ini"
aku tertanya-tanya di dalam hati. walaupun hidup dilanda badai gelora yang tidak terduga keganasannya, namun dia masih mampu tersenyum dan menghiburkan hati setiap yang melihatnya. sungguh tabah hati anak kecil ini. kutemui kekuatan dalam diri dari semangat anak kecil ini. jika anak sekecil dia mampu berjalan membelah badai, mengapa tidak aku yang lebih dewasa ini? sedangkan apa yang harus kutempuh ini hanyalah desiran ombak kecil yang begitu galak memukul dan menghakis tepian pantai.
kerana anak kecil itu, aku akan terus berdiri di sini. berdepan dengan ombak-ombak kecil yang tidak pernah jemu menghakis keyakinan diri. dan aku akan terus berdiri di sini, biarpun terpaksa mengharungi ganasnya tsunami.

Wednesday, April 21, 2010
::Hidup VS kehidupan::
"hidup saya dah tak bermakna lagi"
"kalau hidup awak dah tak bermakna, memang dah tak ada maknanya lagi untuk awak terus hidup. lebih baik awak mati. mati adalah penghabisan hidup."
'tapi saya taknak mati!'
"tapi kalau awak terus hidup pun apa gunanya kalau kehidupan awak dah mati?"
"saya nak hidup macam orang lain"
"awak memang hidup macam orang lain sebab awak belum mati"
"tak! hiudp saya susah. tak pernah aman macam orang lain!"
jangan salahkan hidup yang susah. tuhan dah bagi kita nyawa untuk kita hidup. sama macam orang lain. semuanya tuhan pinjamkan satu nyawa free untuk kita hidupkan kehidupan kita sendiri. sekarang, terpulanglah kepada kita bagaimana kita nak bentuk kehidupan kita agar kehidupan kita akan terus hidup.
"macam mana nak bina kehidupan yang hidup??"
untuk hidupkan kehidupan,hidupkan hati.
untuk hidupkan hati, hidupkan iman.
"err..hidupkan iman??"
hidupkan solat. barulah kehidupan ini akan menjadi indah dan bermakna walaupun hidup dalam kehidupan yang serba kekurangan.
setiap yang hidup pasti akan mati. mati bukanlah suatu pilihan, tapi suatu ketentuan kerana hidup ini hanyalah satu pinjaman.

Tuesday, April 20, 2010
::hidup umpama layang-layang~
"sepi.kosong.gelap.hidup saya memang dah tak ada maknanya lagi."
bagaimana harus aku menenangkan jiwa seorang remaja yang sedang resah di depanku ini. sinar matanya yang merenungku dengan penuh harapan begitu membuat aku tersentuh.
"apa lagi yang awak harapkan dalam kehidupan awak kalau dah segala-galanya gelap,sepi dan kosong?'
"saya hanya ingin disayangi cikgu.saya nak ada orang faham saya.saya nak hidup bahagia"
aku tersenyum.memang itulah lumrah dalam kehidupan ini.setiap manusia ingin menyayangi dan disayangi.setiap insan ingin dihargai.tapi, tidak semua orang tahu bagaimana untuk menyayangi dan disayangi.segalanya bermula dengan diri kita sendiri.kita akan menerima sekiranya kita memberi.berilah kasih sayang sekiranya anda ingin disayangi.berilah penghargaan sekiranya anda ingin dihargai.
"tapi tak ada siapa yang sayangkan saya cikgu.tak ada siapa pun yang hargai saya"
aku memandang wajahnya dengan penuh simpati.
"awak masih berharga walaupun tidak ada sesiapa pun yang menghargai awak.tapi, awak memang betul-betul sudah tidak berharga jika awak sendiri pun sudah tidak tahu nak menghargai dan menyayangi diri awak sendiri"

Subscribe to:
Posts (Atom)