Monday, December 20, 2010
pagi isnin yang gelap
selamat hari ISNIN!! (^^,)
aku tahu ramai orang tak suka hari Isnin. salahnya hari Isnin sebab dia hadir selepas hari Ahad. hari yang menjadi pujaan hati kebanyakan manusia. kehadiran hari isnin seolah2 mengganggu kebahagiaan mereka untuk bersama2 hari ahad dengan lebih lama. maka wujudlah istilah "BLACK MONDAY".
kalau zaman sekolah dulu, hari isnin memang hari yang paling aku BENCI! hari Isnin sama dengan formal assembly! memang kat sekolah dulu hari2 ada assembly, tapi inilah satu2 nya assembly yang aku atau sesiapa pun yang bergelar pelajar SSP tak boleh nak escape. aku tak suka berada dalam barisan masa assembly. dan yang paling aku benci sebab aku kena duduk di barisan yang paling hadapan dan terpaksa mengahadap wajah puan pengetua dan cikgu2 yang tercinta di atas pentas dengan penuh tekun. jangan kau berangan nak tersengguk 1 harakat pun! apatah lagi nak tersengguk2. inilah nasib menjadi manusia2 yang 'comel'.
untuk mengharapkan suatu keajaiban berlaku di mana aku boleh menjadi tinggi lampai dengan serta merta adalah sangat absurd! calciyum pun belum ada lagi masa tu. aku sangat jeles dengan kawan2 aku yang berada di barisan belakang. jeles sebab tak dapat nak qada' tidur macam diorang masa assembly. biasalah, hidup di asrama, tidur memang tak pernah cukup!
cukup setahun aku terseksa menatap wajah pengetua dengan tekun sepanjang assembly membuatkan aku mengambil keputusan drastik untuk menyertai pasukan pancaragam sekolah aku. dan pilihan hati aku adalah CLARINET!! apa kaitan join band dengan assembly?? setiap kali formal assembly, budak2 band akan duduk di bahagian belakang dewan untuk main lagu negaraku dan lagu sekolah. kitorang tak guna kaset ok! live band gitu.hehe. sejak aku join band aku dah tak perlu lagi beratur dalam barisan dan tunjuk muka tekun depan pengetua lagi. misi tercapai!(tersenyum lebar).
for something that u gained, you'll lose some other thing!
aku tak tahu genius mana yang cipta kata2 ni. tapi aku akui ada kebenarannya. walaupun seronok sebab dapat duduk di belakang dewan masa assembly, tapi ada jugak yang tak bestnya sebab terpaksa bangun lebih awal setiap hari isnin. pukul 6.45 pagi dah kena ada kat band room untuk tuning dan praktis sekejap sebelum masuk hall. this is serious matter okay! walaupun setakat main lagu sekolah dan lagu negaraku, it still has to be PERFECT! kalau ada sumbang sikit je memang siap la kau!
bila dah habis zaman pakai uniform sekolah, hari Isnin tak pernah lagi menjadi hari yang 'gelap' buat aku. bagi aku setiap hari pun sama je sebab dah tak ada perkara rutin yang menyiksakan macam zaman sekolah dulu. even dah kerja pun, blues hari isnin dah tak menjadi isu besar dalam hidup aku. aku ada cara aku sendiri untuk membangkitkan 'mood' hari isnin aku. dan antaranya ialah dengan bercantik-cantikkan ke ofis! aku akan pakai baju yang berwarna ceria dan paling cantik dalam koleksi aku.make-up sikit2. and..there u go! (kalau dah cantik2 mesti lah mood tu up sikit kan.kan.hehe)
tapi, hari ni memang hari isnin yang paling GELAP+MALANG dalam sejarah hidup aku. aku bangun pagi dengan penuh bersemangat.dah penat2 aku bercantik-cantikkan untuk ke ofis, tiba2 tayar kereta aku pancit pulak. nak tukar dengan tayar spare, tayar spare pulak tak ada angin langsung. hampeh! terpaksa lah aku bawa kereta aku ke petronas untuk isi angin. 30 km/j je okay. sangat tension bila bawa kereta slow tahap siput babi. semua orang nak potong aku. TENSION!!
dah sampai petronas, boleh pulak pam angin kat petronas tu rosak. tarik nafas dalam2. start enjin, cari bengkel yang paling dekat. nasib baik ada. lepas tu, terus pecut laju ke ofis. semua orang aku potong. (balas dendam). punch card pukul 8.05 am. SYABAS!! (lambat 5 minit pun merah ke?) memang tak cun dah la aku lepas tu.pfffttt! T_T
moral of the story: pastikan tayar spare anda sentiasa berada dalam keadaan baik!
Wednesday, December 15, 2010
Blues Jersi Biru
satu pertempuran hebat(err..hebat ke? harap2 hebat la kan) akan berlaku antara pasukan Malaysia dan Vietnam di Stadium Putra Bukit Jalil malam ni. walaupun aku ada instinct yang agak kurang sedap untuk game pada malam ni, tapi harap2 jersi biru yang bakal disarungkan nanti akan membawa tuah kepada pasukan kebangsaan kita. aku tak kesah pun diorang nak pakai jersi kaler kuning ke, kaler biru ke, kaler pink sekali pun, aku tak kesah. sebab memang tak ada lagi hasil kajian yang sahih menyatakan warna jersi yang di pakai mempengaruhi menang kalah sesuatu team dalam mana2 perlawanan. kalau dah otai tu otai jugak. tak pakai baju pun boleh menang. tol tak? yang aku kesah aku nak tengok team Malaysia menang malam ni. walaupun pernah menewaskan vietnam dalam Sukan Sea pada tahun lepas, tapi ini tidak memberikan sebarang jaminan bahawa piala suzuki 2010 akan menjadi milik kita pada kali ini. apa aku nak sibuk sangat tengok dorang menang? bukan piala suzuki tu dorang nak simpan kat rumah aku pun. apatah lagi nak belanja aku roti canai sekeping. tapi aku tetap berharap hero2 kita akan bermain dengan kacak pada malam ni. malu kot kalau kalah kat padang sendiri. T_TMonday, December 13, 2010
kena TERJAH!!!
1. Adakah anda rasa anda HOT?
owh..sudah semestinya. tersangat2 HOT!.dah seminggu air cond kat ofis ni tak function. mau gua tak HOT?? pfftt!
2. Upload wallpaper anda guna sekarang
3. Cerita about this picture
ok. ini gambar bersama dengan besties terchenta, kak anis & liyana norsam. baru tukar WP ni minggu lepas. motif?? sangat rindu dekat dorang. rindu sangat2.(*_*)
4. Kali terakhir makan pizza
hmm..bulan lepas kalau tak silap. adik aku tapau pizza bawak balik rumah dan dengan baik hatinya bagi 1 slice kat aku. ya. 1 slice je. memang tak puas. T_T
5. Lagu terakhir anda dengar
Di alam fana cinta (Black nyanyi masa konsert Jom Heboh malam tadi).sangat suka lagu ni okay!(^^,)
6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?
ngeteh!
7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
::ELLA::
ni nama panggilan aku kat rumah.bukan aku nak bajet 'ELLA' okay. masa kecik2 dulu aku sangat suka melalak. kecik2 dah gila karaoke. kebetulan time tu 'ELLA' tengah HOT dan meletup2. semua lagu2 'ELLA' aku hafal. masa tu memang aku bajet aku lah ELLA, si ratu rock Malaysia.
::FIZAH::
nama ni aku start guna masa aku form1. bila aku perkenalkan diri aku as FIZAH memang tak ada orang nak pertikaikan sebab tu dah memang nama aku seperti mana yang tertulis dalam IC.
::MOSS::
di sebabkan aku anak PAK MOSS, ada la beberapa orang member yang panggil aku MOSS. biasa la kan. budak2..memang suka btol main nama mak bapak ni.haish!
::FIZZERK::
ni nama panggilan di kalangan geng2 aku kat ssp dulu. nama rock la konon sebab nama fizah terlampau sopan untuk aku. apakah?? kalau kat sekolah masing2 ada nama panggilan yang senior2 bagi. kreatif sungguh!
::PIJOT::
nama ni pulak ada 2,3 orang member masa kat KML dulu yang panggil. (nama ni sangat tak HOT, okay!)
::MEK::
ni pulak gelaran khas dari YANA NORSAM. sejak aku reti kecek kelate terus je dia panggil aku mek. lepas tu ada la lagi 2 ,3 orang pengikut dia yang panggil aku mek jugak. hmm..mek jah!
8. Tag lagi 5 orang
1) MAMA AM
2) HUSNA ADILA
4) APIS
5) haaa..KAMU!! ya. kamu insan terpilih yang sedang membaca ini post!
10. Katakan sesuatu kepada orang nombor 5
haaa..apo laiee..jawab la.hehe(^^,)
11. Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?
beliau ada hubungan dengan mak ayah beliau, adik beradik beliau, saudara mara beliau, kawan-kawan beliau dan seorang gadis.=)
12. Bagaimana pula dengan nombor 2?
she's a lovely girl.(^_^)
13. Kata-kata cinta pada orang nombor 4?
owh..dia budak bawah umur. tak boleh berchenta lagi okay!
14. Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag:
1) seorang mama yang HOT!!
2) seorang yang artistik. i love her drawings. very much!
3) gila bola. gila MU!
4) dia seorang budak yang baik. kan apis?
5) err..baru nak berkenalan. silakan menjawab okay.hehe
p/s:thanks to miss ona sebab tagged i.peace!(^^,)
Sunday, December 12, 2010
Bagai Pungguk Rindukan Bulan

wahai si pungguk
kenapa kau masih tetap di situ?
masih setia menunggu Sang Bulan
walhal kau tahu
kau takkan pernah mampu terbang tinggi di awanan
untuk mendekati Sang Bulan
kau juga tahu
Sang Bulan takkan pernah bisa keluar dari orbitnya
dan bergerak untuk menghampirimu wahai Si Pungguk
kau tahu itu takkan pernah berlaku
kau tahu tentang hakikat itu
terus, kenapa kau masih juga di situ?
sedarlah wahai Pungguk
bulan yang indah itu tidak akan selamanya bersinar
ada ketikanya ia gerhana, gelap dan suram
bukan hanya Sang Bulan yang mampu menerangi gelap malammu
ada Si Bintang dan Sang Suria juga
yang memberikan cahaya dan sinar dalam hidupmu
usahlah kau rindukan lagi Sang Bulan itu
biarkan ia terus bahagia ditemani bintang-bintang di angkasa
kerna mereka nampak cukup indah bila bersama
dan berpijaklah dikau di bumi yang nyata
kerna alam realiti tidak seindah fantasi
Thursday, December 9, 2010
petang yang jiwang
If you're not the one then why does my soul feel glad today?
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call?
If you are not mine would I have the strength to stand at all?
I never know what the future brings
But I know you're here with me now
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with
I don't wanna run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?
If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do I dream of you as my wife?
I don't know life so far away
But I know that its just a trip
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I'm praying you're the one I've build my home with
I hope I love you all my life
I don't wanna run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?
'Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
'Cause I love you, whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
You know my heart is by your side
I don’t wanna run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?
Monday, December 6, 2010
bila aku sudah tua..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
eh,jap2.nak bagi warning sikit.untuk ibu2 yang sedang sarat mengandung tolong jangan tengok ok.tapi kalau nak tengok jugak, omputeh cakap 'watch at your own risk!' ok.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TADDDDAAAA!!!!

haaa..gelak la puas2..pfffttt!(@_@)
langsung tak sama macam mak aku ok!
muka tak nak bajet cam pengetua sekolah gitu.
adeh.seram pulak aku tengok.
nak tengok ghupe korang pulak??
klik je kt ::SINI::
p/s:still nak kawen ngan saya lagi ke?haha
Saturday, November 27, 2010
Kisah Seorang Rock Star!!
Pernah main guitar hero tak? Memang rugi besar la siapa yang tak pernah main game ni. Aku bukan seorang yang obses dengan video game. Aku memang tak pernah minat main game. Aku tak faham macam mana abang2 dan adik2 aku boleh duduk berjam2 main ps2. Aku tak faham macam mana anak sedare aku boleh begitu khusyuk menunduk sampai tertido-tido melayan psp nya. Sampailah aku berjinak-jinak dengan guitar hero. Ya. Aku terlalu obses untuk menjadi seorang rock star. Orang kata ‘practice makes perfect!’ Aku berpegang pada kata2 genius itu. Kesudahannya, pagi petang siang malam aku hidup dengan guitar hero. Cuma berpisah sekejap untuk makan,minum,mandi,tidur dan solat.ya.itu sudah pasti. kerna itu perkara wajib!
Tapi itu cerita ketika tahun gajah dahulu. Zaman aku sangat fanatik dengan dunia muzik dan memuja band2 underground(indie) atas pengaruh big brother aku. Zaman di mana aku sangat mengagumi dan meminati mat2 basist, dan drummer juga. Zaman di mana aku percaya lelaki2 yang tak hensem pun kalau pegang gitar boleh tiba2 menjadi kacak dan bergaya. Zaman di mana aku mengisytiharkan kepada dunia, "if u want me, go and get your guitar and sing to me. then i’m yours” dan sungguh tak sangka ada juga yang berani mencuba. Sungguh gigih. Tapi malangnya sang hati hanya inginkan seorang guitarist sejati.dan itu bukan kamu!tapi last2 sangkut kat mamat yang langsung tak tahu macam mana nak petik gitar. apatah lagi pasal chord2 gitar.argh! Cinta memang buta!
Dan zaman pun berubah. Semua itu akan tetap jadi kenangan indah dalam hidup aku. Tapi hari ni seseorang telah mengingatkan aku pada nostalgia zaman-zaman bergelar remaja itu(macam dah tua sangat je aku sekarang). Sungguh inilah peristiwa paling ‘rare’ yang pernah aku lihat. Sepanjang aku berkecimpung dalam dunia ‘guitar hero’, aku hanya tahu bermain dengan menggunakan gitar yang tak bertali tu dan juga joystick. Tapi hari ini dalam sejarah. Aku telah menyaksikan seorang guitarist sejati bermain guitar hero dengan menggunakan keyboard pc yang didakap kemas di dadanya sambil mengangguk-anggukkan kepala (head banging) di sebalik ruang cubical pejabat yang sempit itu. dapat bayangkan tak? its hilarious!! (^_^)
geng2 seniman jalanan
few years back:zaman rock & roll
Apa2 pun, aku nak ucapkan kepada budak ofis aku tu, "YOU’RE REAL ROCKER BRO!”







