Wednesday, September 15, 2010

aku tahu kau tahu

aku tahu kau pun tahu
apa yang aku tahu kau juga tahu
kita sama-sama tahu
hanya kita yang tahu
apa yang kita tahu

maafkan aku kerna membisu
bukan niatku untuk menipu
tapi aku tahu
kau sememangnya tahu
bahwa hatiku hanya untukmu

Tuesday, September 14, 2010

~si pencuri hati~

ini memang satu jenayah berat.tapi aku pelik.kenapa sampai sekarang masih tak ada 1 rang undang2 pun yang dibentuk dan dikuatkuasakan untuk membela mereka yang menjadi mangsa jenayah berat ini.jenayah ni boleh dikategorikan sebagai penyeksaan batin yang sama kejamnya dengan kes penculikan, kes ragut, kes rompak dan yang seangkatan dengannya di mana mereka yang menjadi mangsa boleh mengalami trauma ataupun tekanan perasaan dan hidup menderita.hinggakan ada di antara mereka yang mengalami halusinansi ataupun dalam bahasa mudahnya 'gila bayang'.kejam kan jenayah ni?
secara kesimpulannya, jenayah ini memang sangat merbahaya.elakkan diri anda daripada menjadi mangsa dengan menjaga hati anda sebaik mungkin agar tidak kelihatan oleh si pencuri hati!

Sunday, September 12, 2010

LONELY N LOSER

wah!hari ni dalam sejarah.dengan tiba2 aku rajin menambah post dlm blog aku.
dulu member aku selalu tanya 'kenapa gadis kenyalang selalu sepi je? '
hmm..aku tahu aku memang sangat2 jarang mengemaskinikan blog aku ni.dalam sebulan tu ade la satu post je aku mampu buat.so, sempena hari raya yang mulia ni, aku ingat nak buat gotong royong mega nak bersihkan blog aku yang dah bersawang ni.
banyak pulak masa aku nak 'menghapdet' blog hari ni ni kan?
haa..inilah tandanya aku memang dah dilanda kebosanan yang teramat sangat.
aku pernah tanya seorang member aku macam mana beliau boleh sangat rajin 'menghapdet' blog beliau.
nak tahu apa dia cakap? kalau ko tak nak tahu pun aku tetap nak bagitahu jugak.
"aku suka tulis blog bila aku bosan.time2 yang aku rasa lonely and macam loser" lebih kurang macam ni la ayat beliau.
so, setelah dikaji2, barulah aku sedar kenapa blog aku selalu je sepi sampai dah naik bersawang.rupa-rupanya aku terlalu sibuk dengan kehidupan duniawi aku sehari-harian sampai aku tak sempat nak rasa bosan ataupun lonely. lagipun, bila aku bosan aku lebih suka keluar dengan kawan-kawan aku, pergi tengok wayang, pergi karaoke tak pun melayan kerenah anak-anak saudara aku di rumah.kalau dah tak ada kerja sangat pun aku akan pergi cari kerja. gulung popia ke, buat cookies ke, buat kek coklat ke,kemas rumah ke, apa2 je la.janji hidup aku tak bosan. tapi hari ni aku betul-betul rasa bosan. nak keluar beraya mak aku dah pesan dh jangan tinggalkan rumah. so, aku kena la tunggu diorang balik dulu baru la aku boleh keluar beraya ke rumah kawan-kawan aku.tp tadi sempat jugak aku pergi open house kat rumah member aku sebab aku malas nak masak.agak-agak dah kenyang aku pun balik mengadap cinta hati aku ni lagi. nak kemas rumah, rumah dah cukup kemas dah. nak basuh kereta terasa malas la pulak.nasib baik hari raya ni ada banyak program2 best kat tv.kurang 20% kebosanan aku.
kalau nak mengarut kat sini sampai raya tahun depan pun takkan habis.
sekian sahaja cerita saya pada kali ini.

sebulan tak cukup

pantasnya masa berlalu.pejam celik, pejam celik dah masuk bulan syawal.rasa macam tak puas lagi berpuasa di bulan ramadhan.yela..mana tak nya klu dah 'cuti' lebih sepuluh hari.hmm..yang tu memang tak bley nak buat apa la kan.hehe.tapi apa yang lebih aku kesalkan ialah misi aku untuk bergelar superwoman pada bulan ramadhan yang lepas agak kurang berjaya. memang agak kecewa dengan diri sendiri sebab gagal memanfaatkan bulan ramadhan yang mulia dengan sebaik-baiknya.tahu2 takbir raya dah bergema dah.tapi, apa2 pun aku tetap hargai pengalaman yang aku lalui sepanjang bulan ramadhan tahun ni.apa2 yang kurang tu aku akan cuba baiki untuk ramadhan yang akan datang, itu pun kalau Allah izinkan aku untuk bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang.sebagai kenang-kenangan, aku nak abadikan pengalaman yang dah aku lalui sepanjang ramadhan 2010 kat dinding blog aku ni. setiap pagi aku akan bangun bersahur pada pukul 4.30 pg. lepas bersahur aku cuba manfaatkan masa yang ada untuk menambahkan pahala di bulan yang penuh barakah ni.tang ni la yang susah sangat nak istiqamah. banyak kali juga aku tewas dengan pujuk rayu katil aku yang memanggil-manggil aku untuk kembali beradu.(salahkan katil plak.haish!). pukul 7 pagi aku akan bersiap-siap untuk ke cafe. dengan mengenakan jeans, tshirt pohonmas dan tudung hitam(ni la uniform aku setiap isnin-jumaat) aku memecut 100km/jam ke unimas.kalau tak ada insan2 yang bercinta kat jalan raya tu, dalam 20 minit sampai la aku kt unimas.pukul 8 aku mula bekerja.melayan kerenah2 pelanggan non-muslim yang datang untuk mengisi perut mereka. sungguh menguji keimanan dan kesabaran. kadang-kadang tak terasa pun seperti bulan puasa sebab ramai juga pelanggan2 yang datang.masa ni la baru aku tahu budak2 yang dulu aku ingatkan muslim rupanya bukan.memang susah nak bezakan bangsa2 yang ada kt bumi kenyalang ni.sekali tengok nampak macam melayu.dua kali tengok pun nampak macam melayu jugak.bila dengar dia bercakap baru tahu bukan melayu.pening2.bula jam dah pukul 4 je aku cepat2 tutup cashier dan pasang lagu kuat2 sebagai isyarat kepada pelanggan2 yang dihormati 'TOLONG LA BALIK.KAMI NAK TUTUP DAH NI".tapi kebiasaannya ada la satu bangsa ni yang memang tak reti2 bahasa.time orang nak tutup kedai la dia suka datang melepak beramai-ramai kat kafe tu.nasib baik bulan puasa.aku biarkan jela dorang buat cafe tu macam rumah diorang sendiri.yang aku tahu pukul 5 aku nak chow pergi bazaar ramadhan kat depan unimas untuk tolong mak aku berniaga kat sana.masuk je waktu berbuka, kitorang berbuka beramai-ramai dengan peniaga2 yang lain, bertukar-tukar juadah.memang meriah.tapi sedih la jugak sebab tahun ni tak merasa berbuka bersama-sama dengan keluarga kat rumah macam ramadhan2 yang lepas.hari2 berkelah kat bazaar ramadhan.pengalaman ni la yang memang aku takkan lupa.lepas berbuka kitorang berkemas-kemas untuk balik.sampai-sampai je kat rumah, tergesa-gesa la aku nak solat maghrib.biasanya bagi je salam dah dengar azan isyak dah.hmm..agak kecewa di situ.lepas tu aku akan luangkan masa sekejap bermain dengan anak2 saudara aku sampai la diorang tidur dan aku pun tertidur sekali.macam tu la rutin aku setiap hari sepanjang bulan ramadhan.apa yang aku kesalkan ialah ramadhan tahun ni aku tak sempat nak merasa solat terawikh berjemaah kat surau.jejak kaki kat surau pun tak sempat.sebab tu la aku rasa misi aku nak jadi superwoman GAGAL.tapi apa2 pun, kenangan ramadhan kali ini akan aku ingat sampai bila2.

Wednesday, August 11, 2010

aku ingin menjadi seorang SUPERWOMAN!!

aku ada azam baru sempena bulan ramadhan ni. aku ingin menjadi seorang superwoman! ya. seorang superwoman.
aku bukan berangan nak terbang dengan sayap berkibaran kat belakang badan aku dengan muka yang penuh rasa bangga kerana dapat menyelamatkan dunia. tapi aku hanya ingin menguji tahap kemampuan diri aku sendiri. tapi, tak adalah sampai nak buat rekod dunia dengan kebolehan-kebolehan yang luar biasa seperti merangkak mengelilingi kepulauan borneo. aku cuma ingin mencuba melakukan perkara yang mungkin nampak biasa di mata orang lain tapi cukup luar biasa bagi si gadis kenyalang.

kalau nak tahu apa cabaran-cabaran yang aku perlu lalui untuk aku layak bergelar superwoman kenalah tunggu post aku yang seterusnya.

Friday, July 23, 2010

S.A.B.A.R

'pukul berapa jam la?'

' jarum panjang tunjuk nombor 3, jarum pendek tunjuk nombor 8' (macam jawapn budak kecik yang baru belajar nak tengok jam)

'ok.set lunch ngan chicken&chips dah abis k' (pesanan dari staf kitchen).

aku baru je nak menyedut iced choclate special (yang aku buat sendiri), tiba-tiba datang seorang customer yang bukan sebangsa dengan aku. aku pon memaksa diri aku untuk senyum dan bersiap sedia dengan pen dan kertas di tangan untuk menulis order beliau.

'saya nak set lunch satu!' (sambil menghulurkan wang berwarna merah)

mak ai. lapar bebeno nampak beliau ni. dah la berpeluh-peluh macam baru lepas habis acara pecut 4x400 meter berhalangan.urgh!

'i'm sorry sir. our lunch set is finished already. would you like to try any other meal?' (wah!sopan nya aku.etika kerja beb!)

'huh?abis ha?so, apa ada?'

'yang lain semua ada incik kecuali set lunch dan chicken&chips'

'ok.kasi saya set lunch!'

'sori iencik, set lunch dah habis' (volume aku dah naik sikit)

'sekarang apa ada?' (dia overtake volume aku. darah aku dah naik sampai hidung)

'sekarang semua ada kecuali set lunch dan Chicken&chips' (ulang aku dengan kadar kelajauan labi-labi merangkak dengan susah payah)

'tadi i mintak set lunch u cakap dah habis. sekarang bagi saya set lunch!'

ni memang dah tak boleh dikawal. darah aku dah naik sampai ubun-ubun kepala dah.

'SAYA CAKAP.. SEMUA ORDER ADA KECUALI SET LUNCH DAN CHICKEN&CHIPS! DENGAR TAK??!!

ambik kau!tak pasal-pasal semua mata tengok aku. ada yang buat muka terkejut.ada yang tergelak. yang paling best sekali member aku dah siap terguling-guling atas lantai gelakkan aku. aku rasa muka aku pun dah macam tenuk tak berak sepuluh hari masa tu. customer yang 3 kali ganda besar dari aku tu aku tengok kecik botol kicap jalen je.. merah padam muka dia.

'ok la.bagi saya chicken&chips la.'

tiba-tiba aku rasa darah aku berhenti mengalir. aku dah tak cukup oksigen nak layan customer sorang ni. aku terus masuk kitchen dan sedut coklat ais sampai habis.

kalau lah nak jadi sabar semudah mengeja perkataan lima aksara ni, mesti dunia ni aman.

Thursday, July 22, 2010

format kan aje!!!hehe


Dear Tech Support,


Last year, I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a distinct slow down in overall system performance, particularly in the flower and jewelry applications, which operated flawlessly under Boyfriend 5.0.
In addition, Husband 1.0 uninstalled many other valuable programs, such as
Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, and then installed undesirable programs such as
NBA 5.0,
NFL 3.0 and
Golf Clubs 4.1.
Conversation 8.0 no longer runs, and HouseCleaning 2.6 simply crashes the system.
Please note that I have tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.
What can I do?
Signed,
Desperate.

Baca artikel ini sepenuhnya untuk tahu apa jawapannya

DEAR DESPERATE,
First, keep in mind,
Boyfriend 5.0 is an Entertainment Package, while Husband 1.0 is an operating system.
Please enter command: ithoughtyoulovedme.HTML, try to download Tears 6.2, and do not forget to install the Guilt 3.0 update.
If those applications work as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewelry 2.0 and Flowers 3.5.
However, remember, overuse of the above application can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0, or Beer 6.1.
Please note that Beer 6.1 is a very bad program that will download the Snoring Loudly Beta.
Whatever you do, DO NOT under any circumstances install Mother-In-Law 1.0 (it runs a virus in the background that will eventually seize control of all your system resources.)
In addition, please do not attempt to reinstall the Boyfriend 5.0 program. This is an unsupported application and will crash Husband 1.0.
In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider buying additional software to improve memory and performance. We recommend Cooking 3.0 and Hot Lingerie 7.7.

Good Luck!

Tech Support